Rabu, 6 Mei 2009

TURUN PADANG...?

SAYA sungguh terharu mendengar ucapan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, walaupun saya hanya menoton dan mendengar TV dirumah saja,tetapi, apa yang mengkegumkan pada saya iaitu, isi ucapan beliau itu betul-betul ditujukan kepada para menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri, pembantu-pembantu menteri, dan wakil-wakil rakyat khususnya di Sabah.

Begitu lantang Perdana Menteri, berkata " Sekarang kita mesti turun padang melihat mata kepala kita sendiri, mendekati rakyat dengar apa masalah mereka tegasnya. BOLEHKAH PARA MENTERI,TIMBALAN MENTERI, PEMBANTU MENTERI, DAN WAKIL RAKYAT, laksanakan apa yang di amanahkan oleh Perdana Menteri itu?

Karajaan BN perlu fikir juga kalau Menteri, mereka mempunyai peruntukan khas dan boleh umum bila-bila masa kalau masuk kampung, tetapi bagaimana pula kepada mereka hanya wakil rakyat biasa saja, yang hanya mengharap peruntukan RM350, ribu setahun, kalau tidak pandai lobi kepada Ketua Menteri adakah wakil rakyat itu berani turun padang.

Kalau dulu-dulu punya cara rakyat yang cari wakil rakyat, melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) apakah mekanisme itu perlu diubahkan? Kemudian tunggu wakil rakyat datang mencari kemuskilan rakyat dikawasannya, kalaupun itu YB.YB. turun padang pun jawapan dia 2x5=10 5x2=10 juga bah itu, sebab semua permohonan JKKK sebelum inipun belum lagi selesai, sebagai contoh kami punya JKKK kampung Gunting berapa lama sudah menunggu pembinaan Apangan Air sawah padi, penurapan jalan raya, sehingga sekarang belum ada tindakan.

Namun sekarang harapan rakyat jelata khususnya kampung Gunting, adanya cara pembaruhan benar-benar berkesan dan ada perubahan sesuai dengan slogan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita sekarang ini. Rakyat didahulu, Pencapaian Diutamakan "Satu Malaysia"

"Yang menariknya seperti biasa , kalau pemimpin itu lantang berucap diatas pentas, maka barisan tempat duduk dihadapan yang terdiri dikalangan Menteri-menteri memberi tapokan tangan dahulu dan kemudian dikuti dibelakang mereka semua terdiri wakil-wakil rakyat, tangan mereka berbunyi pak,pak,pak, mereka betapok tangan, rakyat jelata pun ikut tapok tangan, pak,pak,pak. selepas tapok tangan tidak kah terfikir oleh pemimpin itu tentang pulus. pada saya mereka tentu ada terfikir tepi, siapa bernai tentang arahan Perdana Menteri.

Semangat seumpama itu lah kita mahu bah, kalau sudah terpilih jadi wakil rakyat kerja betul-betul itu namanya wakil, mewakili kepada rakyat sampaikan masalah rakyat kepada kerajaan, tetapi, turun padang saja tidak cukup, yang satu hal timbul ialah Bola tiada walaupun pengadil sudah sedia dengan kelongan wiselnya dilihir. masalah yang timbul kepada pemainnya (wakil rakyat) mereka tidak boleh buat apa-apa datang dipadang sembang-sembang saja seperti biasa mungkin maksud penulis blog ini, peruntukan untuk diumumkan oleh wakil rakyat ketika melawat dikawasan masing-masing, siapa yang memikirkan sekarang sama ada Ketua Menteri, Menteri atau wakil rakyat mari lah kita sama-sama tunggu setekat mana pencapaian mekanisme baru ini. terima kasih, Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan