Ahad, 24 Mei 2009

MESEJ PENGUNDI PRU -12 JADIKAN IKTIBAR.

SAPP akan membuka sejarah baru dikawasan Tenom dalam penyusunan jawatankuasa pemimpin baru dan lama untuk mengisi tempat yang kosong yang ditinggalkan oleh pemimpin SAPP yang masih mempertahankan BN kerana sebab-sebab tertentu. Tenom P.181 mempunyai dua kawasan Dewan Undangan iaitu N.35 Melalap dan .36 Kemabong, dan kedua-dua kawasan ini termasuk MP ditentang oleh parti pembangkang yang berpusatkan di semenanjung iaitu KeADilan, bagaimana calon-calon pembangkang itu tewas sama BN.

Apa kah kemungkinan rakyat masih terkeliru watak-watak para pemimpin PKR dikawasan itu kerana perebutan menjadi calon pada ketika itu sehingga ada diantara sanggup keluar dari PKR dan cuba jadi calon bebas, ini kesilapan siapa rakyat atau pemimpin mesej rakyat itu perlu dinilai serta diteliti dari sekarang kekalahan calon pembangkang PRU 12 lepas kerana rakyat kalau sudah meraju nah itulah hukuman mereka kembeli kepengkal jalan. Malahan ada pula pemimpin peringkat bahagian PKR ketika itu seperti tekut bayang-bayang, menolak orang veteran berada dalam Jawatankuasa mereka takut kerebutan jawatan, kenapa sampai begitu buruk hati pemimpin seumpama itu,pemimpin veteran, kata orang tua-tua duluan makan geram, dan mereka itu sudah jauh perjalan banyak pengelaman, harapan penulis blog ini adanya parti pembangkang tempatan iaitu SAPP dimana penulis difahamkan pada 29 Mei 2009 ini jawatankuasa SAPP Tenom yang baru secara rasminya Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee menyampai surat watikah perlantikan barisan kepimpinan dikawasan Tenom tahniah rakan-rakan yang menjawat jawatan itu. Semoga anda berjaya dalam perjuangan akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan