Jumaat, 8 Mei 2009

SMK TENOM AKAN PULIH KEGEMILANGAN?

TENOM: Pegawai Pelajaran Daerah Tambunan Tuan Haji Kaipin Rosmin yakin bahawa Sekoleh Menengah Kebangsan Tenom(SMK) Tenom akan pulih kegemilangannya dalam pentadbiran yang baru ini.

Beliau berkata demikian dalam uncapan perasmiannya mesyuarat Agung PIBG SMK Tenom dalam sesi 2009/2010 di Dewan Makan di sekolah itu pagi tadi bersamaan hari Sabtu.

Sehubungan itu pihak ibubapa perlu memberikan kerjasama yang padu supaya setiap perencangan pihak pentadbir sekolah dapat dilaksanakan dengan berkesan.

"Katanya saya telah mendengar penerangan secara terperinci daripada Pengetua yang menceritakan mengenai masalah yang dihadapi oleh sekolah itu, namun perkara itu boleh diatasi sekiranya para pelajar berubah sikap dan menerima mekanisme yang akan diperkenalkan oleh pegetua sekarang.

Beliau juga kegum cara pengetua baru itu yang memperincikan laporannya dihadapan ibubapa dengan telus tidak ada yang disembunyikan berterus terang untuk di ambil perhatian oleh ibubapa demi kebaikan anak-anak mereka.

Selain daripada itu Kaipin Rosmin juga menegaskan supaya PIBG kepimpinan baru itu memainkan peranan lebih mantap lagi sebagai kesenambungan perancangan kepimpinan PIBG yang lalu.

Justeru itu, ujarnya lagi, PIBG perlu berkerjasama dengan pihak pentadbir sekolah, Guru-guru, dan ibubapa dalam meneyelasaikan kekelutan dan bukan untuk landasan mengkritik yang bermotif menjatuhkan orang lain.

Dalam pada itu perhubungan diantara PIBG dan sekolah perlu akrab demi untuk kepentingan anak-anak yang belajar di sekolah itu.

Sementera itu Kaipin juga menasihatkan ibu bapa supaya jangan menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab mendidik anak mereka ditangan guru-guru, ibu bapa wajib mengawasi setiap pergerakan anak masing-masing disamping memeriksa buku, poket seluar, dan kantung buku apabila anak-anak itu balik dari sekolah untuk mempestikan mereka tidak terlibat dalam gejala kegiatan seperti merokok, dadah dan sebagainya. OLEH-HJ.WAHAB TIMPAI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan