Isnin, 18 Mei 2009

BELIAWANIS DIGESA CEBURI TERENAK TELOR ITIK ATAU PERTANIAN?

TENOM: Belia dan beliawanis digesa supaya menceburi projek penterenakan itik telor dan pertanian moden untuk mengisi masa lapang mereka sebagai langkah awal menceburi perniagaan untuk meningkatkan ekonomi membentu keluarga masing-masing.

Gesaan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Tenom Raimie Unggi dalam program turun padang dikampung Karangan Baru malam Isnin, 18 Mei 2009.

Katanya, pihaknya sedia akan membentu memberi peruntukan disetiap kampung yang berminat projek penterenakan itik talor ini.

Justeru itu, golongan belia dan beliawanis perlu mengambil kesempatan ini kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mencari jalan untuk mengatasi pengangguran khususnya mereka yang lepasan SPM yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran.

Beliau juga menasihatkan golongan itu supaya tidak memikir neagitif di sudut lain, kerana kerajaan telah mengiktirafkan bahawa penteranak dan petani merupakan perniagaan.

Menurut Raimie, Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus mencari jalan mengatasi keperitan hidup masyarakat diluar bandar supaya setaraf dari golongan bandar disamping meringankan beban menyerah hidup keluarga masing-masing.

Dalam pada itu tegasnya lagi, pihak masyarakat perlu memberikan kerjasama untuk meralisasikan disertai dengan kesungguhan dan iltizam,niat secara ikhlas supaya setiap usaha itu mendapat keberakatan dari Allah.

"Tanpa niat yang ikhlas mungkin usaha itu hanya setekat dipertengahan jalan saja dan tidak sampai ketahap yang diinginkan,katanya.

"Jangan ceburi perusahaan yang tidak menyenangkan hati, kerana cara pengelibatan seperti itu hanya sia-sia saja dan tidak membawa perubahan kepada keluarga itu sendiri, jelas Ahli Parlimen itu.

Raimie Unggi dan romgongan turut berjemaah menunaikan solat Mahgrib di Surau Kampung Karangan Baru, kemudian satu majlis ringkas penyerahan satu set kompang turut diadakan untuk belia islam dikampung itu.

Rombongan kemudian beredar dari situ untuk meneruskan program turun padang Ahli Parlimen Tenom itu untuk pergi turut solat berjemaah masyarakat golongan mualaf Islam di Masjid Mandalom dan juga menyampaikan satu set kompang. OLEH-HJ.WAHAB TIMPAI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan