Selasa, 12 Mei 2009

JALAN-JALAN DIKAMPUNG ROSAK TERUK SELEPAS DIBUBUH TAR.

SAYA orang kampung masuk kampung keluar kampung bah, khususnya dikawasan Melalap ini, apa yang menyedihkan jalan-jalan kampung itu yang sudah ditar rosak teruk bah, jadi sebenarnya siapa yang bertanggungjawab untuk memperbaikinya selepas itu? Ini bah orang kampung mahu tahu ini, sebab kalau tulis di surat khabarpun diaorang tidak kasih siar bah juga, jadi terpaksalah tulis diblog, tepi blog luar negeri pun boleh baca, nah mana kamu pilih di tulis di surat khabar atau blog.

Saya bagi contoh lah,jalan-jalan yang rosak teruk itu, seperti Skim Penempatan Industeri Getah Lagud Sebarang, ini tempat bukan sahaja penoraka yang menggunakan tetapi Guru-guru lalu juga dijalan itu sebab di disana ada Sekolah Rendah SK.Batu Tiningkang, Jalan Nanapokan, Jalan Kampung Sawang Melalap,Jalan Natanduan, Jalan Paguokon Laut, dan barang kali sama juga ditempat yang lain saya belum masuk Insya Allah saya akan masuk juga seperti Pantongan, Batu,Batu, Saga dalam masa terdekat ini.

Sehubungan dengan itu saya dengan rendah diri sebagai penulis blog menjemput lah semua pemimpin politik dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) bermaufakatlah duduk dimeja bulat bincang ikut nasihat Perdana Menteri dan Ketua Menteri turun padang tinjau dikampung dekati rakyak, tanya JKKK siapa kontraktor yang tar atau semen itu jalan, kalau kamu sudah lihat rosak cari jalan macam mana dapat peruntukan perbaiki itu yang rosak, jangan sampai pilihan raya baru ramai muka pemimpin masuk kampung sudah lepas pilihan raya itu pemimpin berkampung di Kota Kinabalu datang di Tenom hanya sebulan sekali apabila kena jemput rasmi ini rasmi itu kena sambut pukul Gong, Kompang dan tarian singalah, ini cara sudah tidak relevan lagi zaman sekarang ni percayalah orang-orang sekarang mereka mahu tindakan drastik dari pemimpin itu. sala ka kososn ragaling ih ulun-ulun ru mamagun ti maya akyuk ra ragu ru tingganai, raino poyo nakulau, akaw raino talo kaw wakil rakyat bonsoiyo min pemagunan ti omon masaga kaw rumondon a monsoi inggalan. paie ru makalaat aku ra inggalan min, akaw galama mampaguang atan sonor ru bintatikan kutuh.

Bagi orang bandar pula kalau saya tidak silap ada beberapa orang dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah, terdiri dikalangan pemimpin dalam komponen BN cubalah cari jalan buat cadangan yang terbaik supaya pekan Tenom ini dilihat cantik dan bersih bah, saya masih ingat semasa menjadi Ahli Majlis Daerah kawan-kawan mahu suruh saya cekap tentang soal parit dia sendiri tidak mahu cekap, sedangkan dia tinggal di kedai dia tahu setiap buka mata dari tidur dia sudah tahu apa masalah, saya tegur sama dia,itu pun tidak juga berani cekap..AH.. NAMA DIA ITU BIAR KITA SIMPAN SAHAJA DULU, selama saya bersama mereka Ahli Majlis, hanya satu kali saya dengar dia itu bersuara, itu pun dia hanya tanya ada borang masuk tanderkah, fasal projek pasang tiang lampung jalanan dari Kampung Amboi dua sampai Chung Chin. faham-faham lah kamu tu.

Pekan Tenom setiap tahun kenderaan didaerah ini akan bertambah, masalah sekarang ialah tempat letak kereta tidak mencukupi dan meminta pihak berwajib dapat menyediakan tapak tempat letak kereta sebelum keadaan dipekan kesasakan yang serius, kalau dulu pekan Tenom hanya sukar cari letak kereta pada hari Ahak, sekarang ini setiap hari agak sukar mencari tempat letak kereta.

Adalah lebih baik pihak Majlis Daerah Tenom (MDT) mencadangkan supaya kawasan yang ditimbus secara haram oleh Pemaju dihadapan PESAR yang belum mendapat kelulusan itu digunakan untuk kawasan tempat letak kereta kerana tempat itu sesuai ianya berhampiran dikawasan TEMU MINGGUAN dan pesar umum.

INI PERHATIAN KEPADA PIHAK POLIS.
______________________________

Parking lintang pukang setiap hari dipekan Tenom juga menimbulkan kesulitan orang ramai kerana mereka meletakkan kenderaan tidak menentu ada yang lurus dan sebaliknya, lebih teruk lagi pula mereka letak kereta berkembar. Lagi pun banyak yang tiada tanda kotak letak kereta mungkin menggalakkan para pengguna meletakkan kereta mereka tidak mengikut peraturan, untuk mengatasi masalah ini hanya kerjasama daripada pihak polis saja untuk membetulkan suasana seperti yang berlaku.

Justeru itu diminta pihak berkuasa segera mencatkan tanda kotak letak kereta disemua kawasan pekan yang sudah terpadam untuk memudahkan pengguna meletakkan kereta masing-masing cara yang teratur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan