Selasa, 21 Disember 2010

UCAPAN TERIMA KASIH KAMI.

SYUKUR alhamdulilah majlis perkhawinan anak kami yang nombor tujoh Noraisah binti Haji Wahab Timpai sudah selesai.

RAMAI kawan-kawan saya juga datang dari jauh dan dekat.

SAYA ucapakan terima kasih kepada semua saudara-saudara yang datang membentu kerja kami persedian untuk majlis itu dari awal sampai selesainya majlis itu.

TERIMA kasih juga saya tujukan kepada cawangan umno kampung Cinta Mata Tanjong kerana meminjamkan 3 kinopi, 100 biji kerusi yang diusahakan oleh ipar saya Kudis Abdul Ahmid.

TERIMA kasih juga di tujukan kepada semua krew pembuat palmin yang di ketuai oleh ipar saya Hadis Abdul Ahmid yang juga menjadi akitik reka bentuk palmin yang digunakan untuk pangantin dua kali berturut-turut bermula malam berinai, dan palmin bersanding pada hari berikutnya dengan reka bantuk berbeza.

TERIMA kasih juga kepada semua yang terlibat didapor yang menyediakan makanan dan sebagainya, kami sekeluarga tidak dapat membelas jasa anda kalian, hanya berdoa kepada Allah semoga anda kalian diberi kasihatan, panjang umur, murah reziki...aminnn... sekian terima kasih. Daripada Haji Wahab Timpai dan seisi keluarga. 22.Disember 2010 jam 8.52 pagi.

Jumaat, 10 Disember 2010

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK KAMI DI KAMPUNG AMBOI TENOM.

PADA 17-18 Disember 2010 majlis perkahwinan anak kami yang nombor tujoh Noraisah binti Hj. Wahab Timpai dengan tunangnya Azman Muhamad berasal dari Daerah Beluran, Sandakan, yang akan dilansungkan di rumah kami dikampung Amboi Tenom.


ATUR CARA MAJLIS:
________________

17 Disember 2010.> Nikah jam 2.00 petang.

Malamnya berinai dan ke esokannya

18 Disember 2010.> Jemuan makan bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga jam 5.00 petang.

Isnin, 6 Disember 2010


BUAT kerja dalam rumah semasa kami tempat anak di Wilayah Persekutuan Pulau Labuan.

Tulisan papan tanda kawasan ini khas untuk Perhentian Bas Mini, tetapi apa yang berlaku yang parking dikawasan ini adalah kendaraan persendirian, kerana Bas Mini tidak menggunakannya sejak kelulusan diberi oleh pihak berkuasa tempatan Tenom, kawasan ini bekas pasar lama.

Sabtu, 27 November 2010

Rakaman gambar-gambar sempena majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Tenom yang disemprunakan oleh TYT. Tun Ahmad Sah Abdullah pada 28.11.2010 hari Ahad, dengan kosnya RM25.2 juta.
















Kelihata dalam gambar TYT. Tun Ahmad Sah Abdullah tengah bersongkok selepas meletakkan lambang polis, sedang melihat dantuman bunga api diluar sana.


Jumaat, 26 November 2010

PEMBENTUNGAN nAJIS DIPEKAN TERSUMBAT?


TENOM: Pihak berkuasa digesakan supaya dapat meyelenggarakan pembentungan najis dikawasan pekan perantaran jalan belakang kedai Toko See Soon dan Kedai Shin Kuang yang tersumbat sejak hari Rabu lagi dan melimpah dijalan raya.

Dalam pada itu terdapat dua agensi kerajaan yang bertanggungjawab, seperti Jabatan Kerja raya (JKR) dan Majlis Daerah Tenom (MDT) untuk melaksanakan kerja-kerja itu.

Kenapa perkara yang sekecil itu punterlau sukar diatasi pleh jbatan yang dipertanggungjawabakan?

Isnin, 15 November 2010

PROJEK KOREK PARIT PENDUDUK KAMPUNG TIDAK RESTU?

JabatanParit dan Saliran sesuka hati sahaja mengorek parit dikawasan sawah kampung Baab tanpa restu penduduk.

Pegawai berkenaan, diminta menjelaskan kepada JKKK berapa peruntukan dan darimana, kerana projek menggorek parit itu hanya kehendak indivdu dan bukan kehendak majoriti semua pesawah padi di disitu.

Kontraktor dilantik melaksanakan projek itu diminta pihak SPRM dapat menjalankan penyiasatan mengenai hubungan antara pegawai itu dengan kontraktor,kerana kalau projek itu tiada penyelewengan musthil orang lain tidak dapat, hanya dia saja berulang alik membuat itu kerja.

Parit yang dikorek itu juga bukannya memudah pesawah mendapat air malah bertambah susah kerana Parit yang menambusi diluagan terlalu dalam berbanding parit asal tempat mendapat air untuk sawah.

Hj. Wahab Timpai.

Khamis, 11 November 2010

BANJIR MELANDA DI KAWASAN DI TENOM.

TENOM: Khamis-11.11.2010. Perkampung yang rendah kini sudah mula dinaiki air akbiat hujan yang lebat semalam, kawasan yang sudah dinaiki air ialah Sapong, Kalimpasu, Gumisi.

Bagaimanapun, paras air dikedua batang sungai itu belum bahaya, namun penduduk ditepi-tepi sepanjang Sungai Padas dan Pagalan dinasihatkan supaya ikut arah pihak jawatankuasa bencana Banjir untuk berpindah lebih awal ditempat penempatan mangsa banjir.

Ahad, 31 Oktober 2010

Sabtu, 2 Oktober 2010

SAPP PENGGANTI PERJUANGAN PBS KAH?

TENOM: Persaingan Barisan Nasional pada PRU 13 dikawasan Parlimen P181 Tenom yang merangkumi dua kawasan DUN N35 Melalap dan N.36 Kemabong dijangka akan berlaku sekiranya calon-calon pembangkang itu disukai oleh akar umbi latar belakangnya.

Akar umbi kini berhati-hati dalam membuat keputusan memilih menerusi undi mereka supaya kawasan Tenom, Melalap, dan Kemabong benar-benar mendapat Wakil Rakyat yang berjiwa rakyat selepas pilihan raya.

Para pemimpin Barisan Nasional BN sama ada diperingkat Pusat dan negeri, wajar mendengar suara majoriti dari akarumbi dan bukan lobi segelintir penyokongnya saja untuk mahu lobi calon di ketiga-tiga tempat tersebut diatas ini.

Bagaimanapun,pembangkang mungkin gagal merampas kerusi Parlimen, dan DUN Melalap, Kemabong,sekiranya calon itu tidak dikenali oleh rakyat, dan cara meletak calon main terjun saja atau lebih tepat lagi, calon tangkap muat.

Ketiga-tiga wakil rakyat yang ada sekarang ini YB. Datuk Radin Malleh, YB. Datuk Raimie Unggiu, dan YB. Datuk Rubin Balang, bukan tidak bagus, tetapi isu pokok sekarang ini rakyat kurang berminat dengan Barisan Nasional(BN) terutama golongan terpelajar, tambahan pula keretakan hubungan antara masyarakat Cina di Sabah dengan kepimpinan Negeri mungkin menjadi penyebabnya, banyak kawasan majoriti cina akan tertewas nanti.

Justeru itu, walaupun peringakat pusat dan negeri menukarkan calon BN tiga-tiga kawasan ini, namun pada akikatnya tidak dapat mempertahankan kerusi itu,malah bertambah teruk keadaannya sekira berlaku perubahan calon.

Manakala pembangkang, terutama SAPP yang kini popular yang mendapat sokongan akar umbi, kerana bersifat parti tempatan menambat dihati pelbagai kaum, kerana rakyat menganggapkan SAPP merupakan kesinambungan perjuangan parti berbilang kaum di Negeri ini setelah PBS kembali kepangkuan BN, dan kini SAPP telah keluar dari kopompong BN menjadi sebagai parti pembangkang menyuarakan kehendak dan asperasi rakyat untuk bakal melaksanakan transformasi tulen menjadi kenyataan.

Ahad, 12 September 2010

SAMIN MEMELUK AGAMA ISLAM.


Mohd Samin baju melayu putih berhadapan dengan Imam Taslim Hj.Tahir, berkupia putih.


TENOM: Setelah sembuh dari sakit Samin Bin Baigon memilih memeluk agam Islam berlansung dirumahnya sendiri di kampung Lingkuong/Gunting pada 13 September 2010 bersamaan hari Isnin.

Beliau membuat keputusan itu ketika mengunjugi rumah terbuka hari raya aidilfitri di rumah adik kandungnya Hj. Wahab Timpai Baigon pada raya pertama di kampung Amboi.

"Saya hanya melepazkan kata alhamdulilah kerana Allah Swt membukakan hatinya untuk memelukkan agama islam selepas sembuh yang koma 14 hari di hospital Keningau tahun 2009.

Dan tugas saya sekarang ini akan cuba membimbing beliau apa yang saya terdaya berhubung dengan tuntutan agama islam Insya Allah.

Nama barunya Muhammed Samin Baigon@ Hassan.

Ahad, 8 Ogos 2010

JAMAWI SEMAKIN MEYERLAH PENGERUHNYA?

Jamawi Jaffar kiri menyampaikan derma peribadi.
TENOM: Ketua Pemuda umno P.181 Tenom Jamawi Jaffar pengeruh semakin menyerlah kerana rakyat yakin dengan tindakannya yang berkesan itu.

Selain dari menghulurkan kewangan untuk membantu golongan tertentu atau Persatuan, janji beliau tidak dihentikannya sebelum yang diniatnya itu dapat dinikmati oleh golongan sasar pada sebelum ini mungkin terlepas pandang dari pemimpin seperjuangan dalam umno.

Jamawi merasi segala keperitan golongan yang memerlukan pertolongan, justeru itu, kadang-kadang hanti tersentuh melihat keadaan insan-insan itu beliau menghulurkan bantuan kewangan untuk meringankan beban mereka.

Ternyata program pemuda umno dikawasan Parlimen 181 Tenom yang merangkumi dua kawasan Dewan Undangan iaitu Melalap, dan Kemabong beliau terus mempergiatkan apa yang terdaya sebagi menyusuli yang ditelah dilakukan oleh wakil-wakil rakyat dikawasan tersebut.

Baru-baru ini beliau menyampaikan sumbangan perbadinya kepada Persatuan Karate cawangan Tenom (SKA) sejumlah RM2,000 sempena majlis makan amal anjuran SKA bertempat di Dewan Besar Chung Hua yang turut dihadiri oleh penaung SKA Tenom yang juga Pegawai Daerah Siriman M.F. Basir.

Selasa, 27 Julai 2010

KONTRAKTOR MULA KERJA. 27.7.2010.


KONTRAKTOR mula berkerja membersihkan Jalan simpang kampung Manggau dengan menggunakan jentara berat(Jangkaut).

Menurut Baster Bin KK. Bakit kelulusan hanya sejauh 500 meter yang di timbus batu Sungaidengan kos peruntukan sejumlah RM8,000.

Kertas arahan kerja dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Tenom, Subkontraktor Rosnah Ullap,kata Baster yang memantau perlaksanaan projek itu.

Sabtu, 24 Julai 2010

ISU MENUMBANG POKOK KAYU SIAPA YANG SILAP?

Oleh:Hj. Wahab Timpai.

SAYA terpanggil menulis dalam blog peribadi saya ini untuk mengulas isu penebangan pokok kayu di jalan Tenom-Keningau di hadapan kawasan Sekolah Menengah (SM) Tshung Tsin di daerah Tenom yang mendapat komen meluas dalam akhbar tempatan dan internet di Sabahkini.net daripada mereka yang mendakwakan diri masing-masing sebagai pencinta Alam.

Kalau kita buat siasatan secara terperinci isu itu dari sudut keadilan antara Majlis Daerah Tenom dan pihak Pengurusan di sekolah berkenaan kedua-duanya melakukan kesilapan.

Pihak sekolah kesilapannya menabang swenang-wenangnya pokok itu dengan keputusan tersendiri tanpa merujuk kepada pihak Jabatan Perhutanan terlebih dahulu , dan Majlis Daerah Tenom.

Manakala kesilapan Majlis Daerah Tenom gagal membuat arahan dengan kuasa mereka menghentikan penebangan itu, serta merta, awal kerja itu dibuat, walaupun Pegawai dan Penolong pegawai Eksekutit mereka mengetahui perkara itu dari pandangan mata mereka apabila tempat kejadian isu ini. setiap hari kedua-dua pegawai MDT lintasi tempat itu, pagi dan petang ke pejabat berkerja dan pulang ke rumah, walaupun kerja penebangan tersebut melebihi 24 jam bermula mengikat ranting kayu itu untuk dicantas perlahan-lahan diturun ke bawah dengan menggunakan tali cara gerak kerja yang berhati-hati. dan kerja seterusnya baru pokok itu ditumbangkan setelah semua dahan itu selesai diturukan dalam masa lebih 24 jam dan bukan satu atau dua jam menumbang terus pokok itu. saya juga melihat sepanjang kerja itu dibuat sebab saya limpas di tempat itu ke kebun setiap hari.

Para pekerja yang mencantas ranting-ranting itu juga meletakkan tanda keselamatan lalu lintas ditempat itu menunjukkan kerja-kerja mencantas ranting/dahan kayu itu dilakukan, maka tidak mungkin pihak berkuasa MDT terlepas pandang sehingga kayu itu sudah tinggal tunggul baru berbangkit.

Sabtu, 3 Julai 2010

PETANI BIMBANG PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA.

PARA petani di daerah ini bimbang dengan perkembangan ekonomi dinegera ini yang tidak menentu yang turut menjejaskan sarah hidup mereka.

Daerah Tenom 60 peratus peduduknya bergantung kepada sumber hasil dari usaha dalam ladang untuk meyerah hidup kepada keluarga masing-masing.

Kebimbangan itu timbul berikutan beberapa laporan hasil daripada pendangan pakar-pakar ekonomi di Malaysia yang mendakwa negera berhutang sejumlah yang agakbesar kepada luar negera yang boleh membawa kemuflisan.

Krisis ekonomi melanda di seluruh negera pada tahun 1997 kerajaan Malaysia hanya berhutang sejumlah RM90 billion, manakala kini setekat Disember 2009 hutang negera Malaysia berjumlah RM360.2 billion.

Rabu, 23 Jun 2010

PKR CABANG TENOM ADAKAH PEMILIHAN?

TENOM: Kempen pemilihan Ketua Cabang kawasan P.181 Tenom parti Keadilan semakin panas dalam pertabungan satu lawan satu antara Datuk Halik Zaman dan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dalam bulan September.

Sumber yang boleh dipercayai PKR Tenom kini wujud tem A dan B masing-masing menjual pengaruh mereka untuk mengamit hati orang ramai di daftar menjadi ahli parti dengan tujuan sah dalam perwakilan.

Halik Zaman selaku tem A sekarang ini sibuk masuk di kampung dikawasan Kemabong untuk mencari ahli.

Manakala tem B Dr. Jeffrey belum ada pergerakan berbuat demikian, hanya dalam Facebook dan 4. 7.2010 satu perjumpaan kumpulan B yang dipergerusikan oleh Mail Mathew di Hotel Perkasa jam 2.00 petang.

Inilah dikatakan gajah sama gajah bergaduh pelanduk tersipit ditengah-tengah, ketua cabang sekarang Gansubin, dan Timbalan Peter Lonok hilang kuasa tiada suara sudah.

Tidak mustahil politik wang dalam pemilihan itu, kerana dilihat dari gayanya perkara itu pasti berlaku. HWT.

Ahad, 20 Jun 2010

PERSATUAN ETNIK TIMUGON MENDAPAT SOKONGGAN.

TENOM: Penubuhan Persatuan Etnik Timugon Sabah (PETS) kini mendapat sambutan yang memeransangkan, kata Setiausaha Agung Penajanya Stanis Buandih.

Walaupun PETS baru dalam merangka draf matlamatnya dalam perlembagaan, namun semangat etnik Timugon bagitu tinggi, kata Stanis.

Menurutnya, Barisan Jawatankuasa penaja PETS terdiri dikalangan orang muda/veteran dan sebahagian besarnya memiliki ijazah dan profesional.

Timugon tidak akan berpatah balik dalam tujuannya sebagai keinginan transfomasi dalam etnik itu untuk ingin bersaing etnik yang terdapat di Sabah yang berpersatuan,tegas Stanis.

Dalam pada itu etnik Timugon terpaksa berpisah dari Persatuan asalnya iaitu Persatuan Murut Sabah (PMS) yang juga di asas oleh etnik Timugon pada tahun 1975.

Keputusan ini sememangnya tidak di duga, namun begitu lah akikatnya setelah etnik Timugon menyedari bahawa kebajikan etnik kami itu terus di abaikan oleh PMS, jelas Setiausaha Agung PETS itu. di Tulis Oleh Hj. Wahab Timpai, dalam blog perbadinya. hawatim181.blogspot.com

Rabu, 16 Jun 2010

TUBUH PERSATUAN ETNIK TIMUGON SABAH.

TENOM: Masyarakat Etnik Timugon di Sabah telah bersetuju menubuhkan Persatuan etnik itu sebagi cara berdiri dikaki sendiri tanpa bernaung dalam Persatuan Murut Sabah (PMS) yang kini dipimpin oleh etnik kolor.

Timugon yang menjadi pengasas Persatuan Murut Sabah, kini semakin tersisih dalam kepimpinan yang baru dalam persatuan, kerana PMS telah jauh tersasar dari matlamat asalnya fokus PMS ditubuhkan.

Generasi orang Timugon tidak mendapt perhatian mendapat tempat dari sgi agihan kerja, sebagai contoh, kaki tangan Pusat Kebudayaan Murut Sabah Pulong Tenom, majoriti hanya terdiri dari etnik Tagol yang menopoli.

Justeru itu, suku Timugon kini sedar atas perkara yang berlaku, maka timbul satu idea dikalangan generasi sekarang ini yang terpelajar, bahawa Timugon perlu mempunyai tempat naungan sendiri.

Perbincangan itu di Pengerusikan oleh seorang anak Timugon berkelulusan Graduan Stanis Bundih, yang turut dihadiri oleh rakan sebaya beliau Sammy Jimaan, Justin Abus, dan dua orang pemimpin veteran Timugon, Mail Mathew,dan Hj. Wahab Timpai.

Jumaat, 21 Mei 2010

PENENAMAN PADI DUA MUSIM KG .BAAB TIDAK MENGELAKAN.

TENOM: Tanam padi dua musim dikampung Baab tidak mengelakkan, masalah ini mungkin kurang pendedahan daripada pihak Jabatan Pertanian berhubung pentingnya tenaman padi dua musim.

Pihak Jabatan Pertanian wajar turun padang bukan saja selepas menenam padi tetapi, kakitangan Jabatan itu terus memberikan bimbingan kepada petani, khususnya cara dan sukatan pembajaan, dan juga peenyemburan racun serangga.

Majoriti petani tidak tahu berapakah sukatan dan umur padi itu perlu dibubu baja, kerana beberapa jenis baja yang disubsidikan oleh kerajaan boleh mengelirukan kepada para petani, sekiranya mereka tidak dibekal dengan panduan. OLEH-HJ.WAHAB TIMPAI.

Khamis, 15 April 2010

BERNAFSU MENJADI CALON KAH?

RAMAI pemerhati politik didaerah Tenom ini meyifatkan keselesaan pemimpin cabang PKR yang mendapat Pejabat mungkin hanya sementera.

Bayangkan, kalau Datuk Halik Zaman, tidak lagi membantu membayarkan sewa pejabat itu, apa jadi dengan PKRTenom,sudah tentu balik asal tanpa pejabat,dan kembali hanya bertemu dikedai kopi saja.

Persoalan dia, kenapa pemimpin yang ekonominya kurang baik, beria-ia, menjadi ketua, kerana jadi ketua bukan perkara mudah sebab tanggungjawabnya besar.

Ini salah siapa, maka jawapannya, sudah pasti mempersalahkan para perwakilan yang memilih pemimpin yang tidak berkemempuan itu, apakah PKR Tenom sudah ketandusan pemimpin yang lebih berwibawa, selain dari Gunsobin dan Peter Lonok.

Atau mungkin salah pucuk kepimpinan negeri? menerima pemimpin yang sudah mengisytiarkan dirinya melepaskan semua jawatannya dalam parti serta sekali gus dalam keahlian parti.

Selain berebut mejadi ketua cabang Tenom, terdapat sumber yang lain bahawa kedua mereka yang bertelagah ini juga bersemangat sangat untuk menjadi calon pada PRU ke 13.

Sabtu, 3 April 2010

PERTAMBUNGAN KELIMARAN DAN PESKA 2010.

TENOM: Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman merasmikan pesta Kelimaran di Pusat Kebudayaan Murut Sabah di Pulong dekat sini pada hari ini 3 April 2010 yang dihadiri kira-kira 3,000 orang pengunjung.

Bagaimanapun, tahun ini merosot sedikit pengunjungnya mungkin kerana pertambungan hari Peska orang kristin.

Pada tahun yang lepas 2009, pesta Kelimaran itu pengunjungnya terlalu ramai yang dianggarkan kira-kira hampir 10,000 termasuk para pelancong dari luar negera.

Pertambungan satu lagi pesta jabatan pertanian Lagud sebarang juga diadakan pada hari yang sama meyebabkan pengunjung di Pusat Kebudayaan Murut itu berkurangan.

Ahad, 14 Mac 2010

PENTADBIRAN PERSATAUAN PELADANG TENOM TIDAK TELUS?

SEORANG Ahli Pertubuhan Peladang Tenom Awang Damit Aspar kesal dengan pentadbiran yang disifatnya tiada ketelusannya.

"Sejak saya membentah penghapusan hutang orang ramai berjumlah yang agak besar itu, sekarang mereka tidak lagi memanggil saya setiap persatan itu mengadakan mesyuarat, kata Awang.

Beliau berkata, adalah tidak adil sekiranya hutang putang itu dilupuskan, wang yang mereka pinjam itu hak ahli.