Rabu, 23 Jun 2010

PKR CABANG TENOM ADAKAH PEMILIHAN?

TENOM: Kempen pemilihan Ketua Cabang kawasan P.181 Tenom parti Keadilan semakin panas dalam pertabungan satu lawan satu antara Datuk Halik Zaman dan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dalam bulan September.

Sumber yang boleh dipercayai PKR Tenom kini wujud tem A dan B masing-masing menjual pengaruh mereka untuk mengamit hati orang ramai di daftar menjadi ahli parti dengan tujuan sah dalam perwakilan.

Halik Zaman selaku tem A sekarang ini sibuk masuk di kampung dikawasan Kemabong untuk mencari ahli.

Manakala tem B Dr. Jeffrey belum ada pergerakan berbuat demikian, hanya dalam Facebook dan 4. 7.2010 satu perjumpaan kumpulan B yang dipergerusikan oleh Mail Mathew di Hotel Perkasa jam 2.00 petang.

Inilah dikatakan gajah sama gajah bergaduh pelanduk tersipit ditengah-tengah, ketua cabang sekarang Gansubin, dan Timbalan Peter Lonok hilang kuasa tiada suara sudah.

Tidak mustahil politik wang dalam pemilihan itu, kerana dilihat dari gayanya perkara itu pasti berlaku. HWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan