Khamis, 15 April 2010

BERNAFSU MENJADI CALON KAH?

RAMAI pemerhati politik didaerah Tenom ini meyifatkan keselesaan pemimpin cabang PKR yang mendapat Pejabat mungkin hanya sementera.

Bayangkan, kalau Datuk Halik Zaman, tidak lagi membantu membayarkan sewa pejabat itu, apa jadi dengan PKRTenom,sudah tentu balik asal tanpa pejabat,dan kembali hanya bertemu dikedai kopi saja.

Persoalan dia, kenapa pemimpin yang ekonominya kurang baik, beria-ia, menjadi ketua, kerana jadi ketua bukan perkara mudah sebab tanggungjawabnya besar.

Ini salah siapa, maka jawapannya, sudah pasti mempersalahkan para perwakilan yang memilih pemimpin yang tidak berkemempuan itu, apakah PKR Tenom sudah ketandusan pemimpin yang lebih berwibawa, selain dari Gunsobin dan Peter Lonok.

Atau mungkin salah pucuk kepimpinan negeri? menerima pemimpin yang sudah mengisytiarkan dirinya melepaskan semua jawatannya dalam parti serta sekali gus dalam keahlian parti.

Selain berebut mejadi ketua cabang Tenom, terdapat sumber yang lain bahawa kedua mereka yang bertelagah ini juga bersemangat sangat untuk menjadi calon pada PRU ke 13.

Sabtu, 3 April 2010

PERTAMBUNGAN KELIMARAN DAN PESKA 2010.

TENOM: Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman merasmikan pesta Kelimaran di Pusat Kebudayaan Murut Sabah di Pulong dekat sini pada hari ini 3 April 2010 yang dihadiri kira-kira 3,000 orang pengunjung.

Bagaimanapun, tahun ini merosot sedikit pengunjungnya mungkin kerana pertambungan hari Peska orang kristin.

Pada tahun yang lepas 2009, pesta Kelimaran itu pengunjungnya terlalu ramai yang dianggarkan kira-kira hampir 10,000 termasuk para pelancong dari luar negera.

Pertambungan satu lagi pesta jabatan pertanian Lagud sebarang juga diadakan pada hari yang sama meyebabkan pengunjung di Pusat Kebudayaan Murut itu berkurangan.