Sabtu, 9 April 2011

KALMARAN SEMAKIN MANTAP?

TENOM: Kalimaran yang ke 9 semakin mantap dengan mempamerkan pelbagai kraftangan hasil kepakaran dari lapan (8) etnik terdiri daripada Murut Tagol, Murut Timugon, Murut Paluan, Murut Baukan, Murut Nabai, Murut Sedudung, dan Murut Tenggara, yang hanya pada tahun 2011 turut meyertai semabutan Kalimaran itu.

Pesta Kalimaran itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Musa Aman di Padang Pekan Tenom pada Satu 9.4.2011. jam 11 pagi.

Apa yang perlu dipertingkatkan pada akan datang ialah penyertaan masyarakat Murut dalam mempamerkan selain dari kraftangan, seperti hasil pertanian yang mereka telah usaha itu juga perlu, bersesuai dengan erti "Tajuk Kalimaran" dimana Murut rajin berusaha gigih tidak putus asa meskipun mereka kadang-kadang usaha mereka itu menemui kegagalan.

Isnin, 4 April 2011

KALIMARAN DISIFAT TANDA PENGENALAN ORANG MURUT.

KALIMARAN merupakan tanda kesampurnaan identiti bagi etnik Murut Sabah, dan juga menjadi sebagai jambatan perpaduan.

Lupakan perselisihan faham dalam politik, hinpunkan idea untuk dipertontonkan kepada para penghunjung, supaya adat resam, kesenian Murut dapat dikenali bukan saja di Tenom,malah di seluruh dunia.

Masyarakat Murut perlu meningkatkan mutu pakaian trdisionalnya,lebih berkualiti yang boleh menarik perhatian dari orang ramai, pemimpin Murut juga wajar turut menggunakan pakaian trdisional dalam setiap perayaan Kalimaran, seperti yang dlakukan oleh saudara-saudara dari suku Kadazandusun, dimana para pemimpin suku kaum itu semuanya memakai pakaian tradisi kadazandusun setiap perayaan Pesta Kaamatan pada Bulan Mei.

Apa yang anehnya, para pemimpin Murut yang menghadiri pesta Kalimaran setiap tahun diadakan, majoriti hanya memakai baju batik saja, ketika mereka sedang menonton persambahan anak-anak Murut. dan bertapok tangan kononnya berbangga kerana anak-anak diatas pentas itu memakai pakaian tradisi Murut.

Bukanlah maksud, supaya YB,YB, itu dikehendaki memakai cawat, kerana sememangnya kurang sopan berbuat demikian, tidak sesuai, namun, sekurang-kurangnya mereka pakai topi yang dihiasi dengan buluh ekor burung marak, sebagai lambang mereka pemimpin orang Murut.

Apa pun saya memuji Datuk Rubin Balang,kerana walaupun tidak memakai tradisi Murut sepenuhnya tetapi beliau memakai topi, dan selepas berucap dalam bahasa Melayu beliau menggunakan bahasa Murut walaupun hanya sedikit.ulasan, Haji Wahab Timpai.

Ahad, 3 April 2011

KERUSI PARLIMEN DAN DUN ISU PANAS?

POLITIK dikawasan P 181 Tenom semakin panas, berita panas ini datang daripada orang penyokong umno itu sendiri yang mendakwa Jamawi Jafar, kuat melobi menjadi calon untuk kerusi Parlimen itu dia rajin sangat masuk kampung,dikawasan Murut Kamabong.

Ada lagi, cerita, Datuk Rubin Balang juga akan berpindah untuk bertanding dalam kerusi Parlimen, manakalan saudara sepupu beliau yang kini bertugas sebagai Guru mengganti tempatnya jadi calon Dun Kemabong pada PRU 13.

Persoalannya bagaimana dengan Datuk Raime Unggi? adakah semua itu akan dipersetujui oleh Datuk Musa Aman selaku pengerusi perhubungan umno dan BN Sabah?

Manakala pihak pembangkang pula khususnya SAPP, dijangka akan meletakkan calon mereka di Parlimen anak tempatan Murut berkelulusan undang-undang dari kampung Pulong, dan naib Presiden Jimmy Jawatah, yang juga daripada kampung Pulong dijangka akan bertanding semula di kawasan Melalap.

Sementera PKR Tenom belum ada cerita siapa bakal calon-calon mereka, namun difahamkan parti itu telah merekodkan nama yang layak menjadi calon, dan berhasrat bertanding dalam kerusi Parlimen dan dua kawasan Dun itu sekiranya rakan dalam pembangkang tidak tolak ansur dalam agihan kerusi dikawasan tersebut.

Sabtu, 2 April 2011

JANGAN SUKA ISTHIAR DIRI SENDIRI ITU KUAT.

DALAM- dunia politik tiada yang dapat melarangkan kehendak setiap pemimpin individu kemana dia pergi menyertai parti.

CUBA- elakkan diri berpolitik menghaipkan orang lain, cermin dulu muka sendiri sebelum menyerahkan cermin itu kepada orang lain.

MANUSIA- yang tergelincir itu tidak semestinya dia jatuh, tetapi yang jatuh itu disebabkan tiada lagi tempat dia berpaut, dan sehinggalah hidupnya merana terumbang ambing.

AWAS- jangan sampai masa PRU 13 anda jadi pengamis sehingga muflis undi, jangan suka menghisthiarkan bahawa anda kuat orang lain lumpuh.

RAKYAT-merupakan jadi penentu siapa mereka pilih, kita tunggu sama nanti keputusan rakyat.

PKR CABANG TENOM TERUS MENDAPAT SOKONGAN.

PKR Tenom terus mendapat sokongan daripada akar umbi dari pelbagai suku kaum dan agama untuk menentang Umno-BN pada PRU 13 akan datang.

Walaupun, rakyat cuba dipesongkan oleh para pemimpin Umno-BN bermacam cara namun mereka fahami kehidupan politik Umno-BN ketika meminta sokongan ada suka memfitnah saja.

Hampir setiap minggu Ketua Cabang PKR Tenom Halik Zaman menerima kemasukan dari ahli umno-BN berpindah ke PKR.

Ramai pemerhati politik disini yakin, bahawa kawasan Parlimen Tenom dan dua Dun Melalap dan Kemabong akan bertukar tangan kepada pembangkang PRU 13 kelak.- oleh Hj. Wahab Timpai