Isnin, 4 April 2011

KALIMARAN DISIFAT TANDA PENGENALAN ORANG MURUT.

KALIMARAN merupakan tanda kesampurnaan identiti bagi etnik Murut Sabah, dan juga menjadi sebagai jambatan perpaduan.

Lupakan perselisihan faham dalam politik, hinpunkan idea untuk dipertontonkan kepada para penghunjung, supaya adat resam, kesenian Murut dapat dikenali bukan saja di Tenom,malah di seluruh dunia.

Masyarakat Murut perlu meningkatkan mutu pakaian trdisionalnya,lebih berkualiti yang boleh menarik perhatian dari orang ramai, pemimpin Murut juga wajar turut menggunakan pakaian trdisional dalam setiap perayaan Kalimaran, seperti yang dlakukan oleh saudara-saudara dari suku Kadazandusun, dimana para pemimpin suku kaum itu semuanya memakai pakaian tradisi kadazandusun setiap perayaan Pesta Kaamatan pada Bulan Mei.

Apa yang anehnya, para pemimpin Murut yang menghadiri pesta Kalimaran setiap tahun diadakan, majoriti hanya memakai baju batik saja, ketika mereka sedang menonton persambahan anak-anak Murut. dan bertapok tangan kononnya berbangga kerana anak-anak diatas pentas itu memakai pakaian tradisi Murut.

Bukanlah maksud, supaya YB,YB, itu dikehendaki memakai cawat, kerana sememangnya kurang sopan berbuat demikian, tidak sesuai, namun, sekurang-kurangnya mereka pakai topi yang dihiasi dengan buluh ekor burung marak, sebagai lambang mereka pemimpin orang Murut.

Apa pun saya memuji Datuk Rubin Balang,kerana walaupun tidak memakai tradisi Murut sepenuhnya tetapi beliau memakai topi, dan selepas berucap dalam bahasa Melayu beliau menggunakan bahasa Murut walaupun hanya sedikit.ulasan, Haji Wahab Timpai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan