Ahad, 17 Julai 2011

PKR TERUS MENDAPAT SAMBUTAN DIKEMABONG.

TENOM: Masyarakat berbilang kaum dikawasan P.181 Tenom semakin sedar betapa pentingnya perubahan perlu dilaku demi masa dapan genarasi muda akan datang.

Peranaan PKR sekarang terus mejejaki dimana saja ada tempat perkampungan yang ada penghuninya,walaupun perjalanan mengambil masa berjam-jam kata ketua cabang PKR Tenom Datuk Halik Zaman dalam ucapannya di kampung Kolorok baru-baru ini.

Beliau kemudiannya menerima borang kemasukan bekas-bekas umno seramai 150 orang dari dua kampung Kolorok dan Sungi.

Penduduk kampung itu menyertai PKR kerana telah hilang kepercayaan kepada kerajaan BN yang gagal memnunaikan segala janji setiap pilihan raya diadakan, malah, para wakil rakyat yang dipilih itu tidak lagi muncul selama 16 tahun, kata Halik.

Beliau memberi jaminan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat jadi kerajaan apa yang kami nampak khususnya jalan raya, dan lain keperluan asas di kolorok akan diambil tindakan segera.

"Saya dan rakan-rakan dalam PKR Tenom bukan masuk kampung sekadar menambah ahli PKR, tetapi, kami masuk meninjau kesahian yang diwar-war oleh para pemimpin Umno-BN bahawa kawasan Tenom di pedalaman sudah maju, tetapi namapknya dakwaan itu indah kabar dari rupa,kata Halik kepada wartawan yang turut bersama dalam lawatan itu.

Namun atas kesedaran dipenduduk Kolorok mereka memohon menjadi ahli PKR dengan kerelaan mereka sendiri keluar beramai-ramai dari umno-BN sebagai tanda protes mereka kepada Kerajaan BN dan wakil rakyat DUN yang tidak pernah menjangok muka selepas manang beberapa panggal,jelas Halik.

Sementara itu, Junarie Taim 38 merupakan penduduk asal di kampung Kolorok dan mengetuai beramai-ramai masuk PKR berkata, sudah cukup umno-BN menipu dengan pelbagai janji semasa pilihan raya, tetapi sampai sekarang itu janji kosong, mereka membohong kami.

Masalah kami disini jalan raya, kerana bila ada orang sakit susah kami bawa keluar ke hospital, kadang-kadang tidak sampat diselamatkan, kami pikul jalan kaki berjam-jam baru sampai di kemabong.

Beliau yang mewakili suara penduduk di kampung itu memberi harapan yang tinggi bahawa perpindahan mereka dari umno-BN ke parti keadilan ini mermbawa perubahan tarap ekonomi mereka setelah bertukar Kerajaan, dan mereka berikrar undi mereka kali ini hanya milik Pakatan Rakyat. Oleh: Hj. Wahab Timpai.