Ahad, 3 April 2011

KERUSI PARLIMEN DAN DUN ISU PANAS?

POLITIK dikawasan P 181 Tenom semakin panas, berita panas ini datang daripada orang penyokong umno itu sendiri yang mendakwa Jamawi Jafar, kuat melobi menjadi calon untuk kerusi Parlimen itu dia rajin sangat masuk kampung,dikawasan Murut Kamabong.

Ada lagi, cerita, Datuk Rubin Balang juga akan berpindah untuk bertanding dalam kerusi Parlimen, manakalan saudara sepupu beliau yang kini bertugas sebagai Guru mengganti tempatnya jadi calon Dun Kemabong pada PRU 13.

Persoalannya bagaimana dengan Datuk Raime Unggi? adakah semua itu akan dipersetujui oleh Datuk Musa Aman selaku pengerusi perhubungan umno dan BN Sabah?

Manakala pihak pembangkang pula khususnya SAPP, dijangka akan meletakkan calon mereka di Parlimen anak tempatan Murut berkelulusan undang-undang dari kampung Pulong, dan naib Presiden Jimmy Jawatah, yang juga daripada kampung Pulong dijangka akan bertanding semula di kawasan Melalap.

Sementera PKR Tenom belum ada cerita siapa bakal calon-calon mereka, namun difahamkan parti itu telah merekodkan nama yang layak menjadi calon, dan berhasrat bertanding dalam kerusi Parlimen dan dua kawasan Dun itu sekiranya rakan dalam pembangkang tidak tolak ansur dalam agihan kerusi dikawasan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan