Khamis, 15 April 2010

BERNAFSU MENJADI CALON KAH?

RAMAI pemerhati politik didaerah Tenom ini meyifatkan keselesaan pemimpin cabang PKR yang mendapat Pejabat mungkin hanya sementera.

Bayangkan, kalau Datuk Halik Zaman, tidak lagi membantu membayarkan sewa pejabat itu, apa jadi dengan PKRTenom,sudah tentu balik asal tanpa pejabat,dan kembali hanya bertemu dikedai kopi saja.

Persoalan dia, kenapa pemimpin yang ekonominya kurang baik, beria-ia, menjadi ketua, kerana jadi ketua bukan perkara mudah sebab tanggungjawabnya besar.

Ini salah siapa, maka jawapannya, sudah pasti mempersalahkan para perwakilan yang memilih pemimpin yang tidak berkemempuan itu, apakah PKR Tenom sudah ketandusan pemimpin yang lebih berwibawa, selain dari Gunsobin dan Peter Lonok.

Atau mungkin salah pucuk kepimpinan negeri? menerima pemimpin yang sudah mengisytiarkan dirinya melepaskan semua jawatannya dalam parti serta sekali gus dalam keahlian parti.

Selain berebut mejadi ketua cabang Tenom, terdapat sumber yang lain bahawa kedua mereka yang bertelagah ini juga bersemangat sangat untuk menjadi calon pada PRU ke 13.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan