Rabu, 16 Jun 2010

TUBUH PERSATUAN ETNIK TIMUGON SABAH.

TENOM: Masyarakat Etnik Timugon di Sabah telah bersetuju menubuhkan Persatuan etnik itu sebagi cara berdiri dikaki sendiri tanpa bernaung dalam Persatuan Murut Sabah (PMS) yang kini dipimpin oleh etnik kolor.

Timugon yang menjadi pengasas Persatuan Murut Sabah, kini semakin tersisih dalam kepimpinan yang baru dalam persatuan, kerana PMS telah jauh tersasar dari matlamat asalnya fokus PMS ditubuhkan.

Generasi orang Timugon tidak mendapt perhatian mendapat tempat dari sgi agihan kerja, sebagai contoh, kaki tangan Pusat Kebudayaan Murut Sabah Pulong Tenom, majoriti hanya terdiri dari etnik Tagol yang menopoli.

Justeru itu, suku Timugon kini sedar atas perkara yang berlaku, maka timbul satu idea dikalangan generasi sekarang ini yang terpelajar, bahawa Timugon perlu mempunyai tempat naungan sendiri.

Perbincangan itu di Pengerusikan oleh seorang anak Timugon berkelulusan Graduan Stanis Bundih, yang turut dihadiri oleh rakan sebaya beliau Sammy Jimaan, Justin Abus, dan dua orang pemimpin veteran Timugon, Mail Mathew,dan Hj. Wahab Timpai.

1 ulasan:

  1. Cadangan Penubuhan Persatuan Murut Timugon Sabah suatu rancangan yang baik. Persatuan ini boleh terus menjadi institutional member Persatuan Murut Sabah dan kalau minat terus berkerjasama dengan Momogun National Congress (MNC). Henrynus Amin

    BalasPadam