Sabtu, 24 Julai 2010

ISU MENUMBANG POKOK KAYU SIAPA YANG SILAP?

Oleh:Hj. Wahab Timpai.

SAYA terpanggil menulis dalam blog peribadi saya ini untuk mengulas isu penebangan pokok kayu di jalan Tenom-Keningau di hadapan kawasan Sekolah Menengah (SM) Tshung Tsin di daerah Tenom yang mendapat komen meluas dalam akhbar tempatan dan internet di Sabahkini.net daripada mereka yang mendakwakan diri masing-masing sebagai pencinta Alam.

Kalau kita buat siasatan secara terperinci isu itu dari sudut keadilan antara Majlis Daerah Tenom dan pihak Pengurusan di sekolah berkenaan kedua-duanya melakukan kesilapan.

Pihak sekolah kesilapannya menabang swenang-wenangnya pokok itu dengan keputusan tersendiri tanpa merujuk kepada pihak Jabatan Perhutanan terlebih dahulu , dan Majlis Daerah Tenom.

Manakala kesilapan Majlis Daerah Tenom gagal membuat arahan dengan kuasa mereka menghentikan penebangan itu, serta merta, awal kerja itu dibuat, walaupun Pegawai dan Penolong pegawai Eksekutit mereka mengetahui perkara itu dari pandangan mata mereka apabila tempat kejadian isu ini. setiap hari kedua-dua pegawai MDT lintasi tempat itu, pagi dan petang ke pejabat berkerja dan pulang ke rumah, walaupun kerja penebangan tersebut melebihi 24 jam bermula mengikat ranting kayu itu untuk dicantas perlahan-lahan diturun ke bawah dengan menggunakan tali cara gerak kerja yang berhati-hati. dan kerja seterusnya baru pokok itu ditumbangkan setelah semua dahan itu selesai diturukan dalam masa lebih 24 jam dan bukan satu atau dua jam menumbang terus pokok itu. saya juga melihat sepanjang kerja itu dibuat sebab saya limpas di tempat itu ke kebun setiap hari.

Para pekerja yang mencantas ranting-ranting itu juga meletakkan tanda keselamatan lalu lintas ditempat itu menunjukkan kerja-kerja mencantas ranting/dahan kayu itu dilakukan, maka tidak mungkin pihak berkuasa MDT terlepas pandang sehingga kayu itu sudah tinggal tunggul baru berbangkit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan