Ahad, 17 Mei 2009

POLITIK WANG KEMBAR DENGAN GILA KEDUDUKAN.

HJ.WAHAB TIMPAI.
POLITIK wang dan gila kedudukan sama juga hala tujunya dan perkara ini merupakan menjadi saudara kambar yang boleh memusnahkan sistem demokrasi dalam erti kata sebenarnya, dalam pada itu apa yang berlaku di Negera kita di Malaysia ini kedua-duanya sudah jadi amalan oleh mereka yang tanpa pendirian serta orang yang tamak sanggup berbuat apa saja asalkan keinginannya itu tertunai sehingga dia jadi manusia yang bergelar lupa deratan.

Perebutan jawatan tertinggi diperingkat pusat dalam parti kini telahpun berjangkit ke parti-parti yang kecil pada setiap pemilihan dalam Malaysia dan saya khuatir penyakit seumpama ini juga kemungkin akan datang berlaku pada parti saya sendiri, justeru itu, pucuk kepimpinan parti PBRS perlu bertindak tegas sekiranya ada laporan diterima dalam pemilihan Ahli Majlis Teringgi dalam Parti pada akan datang.

Tidak dapat di nafikan bahawa politik ada saja lakonannya tetapi biar pelakon DRAMA itu dilakon oleh pemegang watak itu sendiri untuk dinilai oleh perwakilan dan bukan mengunakan wayang kulit dimana pelakonnya bersembunyi dibelakang tabir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan