Selasa, 5 Mei 2009

SELESAIKAH KEMELUT POLITIK TAN...?

HARAPAN saya sebagai rakyat biasa penyertaan Datuk Tan Shu Kiah ke parti Gerakan dapat menyelasaikan kemelut politik peribadinya di negeri bawah bayu ini yang bisa dingin udaranya namun diakhir-akhir ini agak panas pula ikoran dari terlewatnya Tan mencari tempat bernaung dalam mengekalkan hala tuju karier politik beliau dan rakan-rakan seperjuangan dari SAPP.

Sehubugan dengan itu, setelah beliau kini dalam BN, persoalannya sekarang bagaimana pula kuncu-kuncu beliau itu yang telah dibuang kerja ada kah mereka itu dapat dikembelikan dalam tugas masing-masing yang majoritinya perlantikan Kapitan Cina semasa dalam SAPP?

Adalah tidak adil sekiranya Datuk Tan Shu Kiah kekal dalam barisan kabinet kerajaan Sabah sedangkan penyokong beliau yang telahpun dibuang oleh BN tidak di kembelikan bertugas,terkecuali yang masih kekal meyokong dalam perjuangan SAPP, mari lah kita tunggu sama-sama perkembangan selanjutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan