Ahad, 31 Mei 2009

DAP TANDING DUN MELALAP PRU-13.

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kota Kinabalu YB.Dr.Hiew King Cheu mengsahkan bahawa Democratic Action Parti (DAP) akan meletakkan calon Parlimen dan dua kawasan Dewan Undangan Negeri di Tenom pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Menurutnya Pakatan Rakyat telah bersetuju DAP meletakkan calon di Tenom MP, Melalap DUN, dan Kembong, namun DAP tidak bertanding dikawasan Keningau kerana kuota itu ada lah untuk KeAdilan.

" Pakatan Rakyat juga bersetuju pembahagian kuota itu ialah 50/50 bagi kawasan DUN bermakna PKR 30 dan DAP 30 sementara Parlimen 10 kawasan, kata Dr. Hiew.

" DAP bertanding di 30 kawasan Dewan Undangan termasuk kawasan Tenom kerana atas permintaan masyarakat Tionghua, dan pemimpin tertinggi DAP di Sabah telah mempestikan kawasan itu DAP mendapat sokongan amat tinggi oleh masyarakat berbilang kaum.

DAP Tenom akan menggunakan perhubungan mengikut Parlimen dalam dua DUN dan bekal menjadi ketua Bahagian akan diumumkan dalam masa terdekat ini setelah borang yang diedarkan itu dikembali kepada Pejabat DAP Kota Kinabalu. Oleh- Haji Wahab Timpai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan