Sabtu, 23 Mei 2009

SAPP ADA DASAR BARU!!!

Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee menerangkan dasar baru parti pimpinannya setelah keluar dalam komponen Barisan Nasional, dasar baru itu agaknya menjurus mengekalkan hak asasi dan budaya masyarakat berbilang kaum di Negeri Sabah, terutama sekali beliau tekankan ialah hak tanah yang kini sudah semakin hilang walaupun dihuni samapai berpuluh tahun, ketika beliau berucap merasmikan Perayaan SAPP Peringkat Negeri yang di adakan dikampung Saupi Nabawan pada 23 Mei 2009 bersamaan hari Sabtu yang di hadiri kir-kira 2,000 orang itu.

Beliau memberi satu contoh iaitu masyarakat Murut Kampung Sarudung Tawau yang sudahpun tinggal tiga generasi namun kini mereka terumbang ambing mencari tempat untuk membawa keluarga masing-masing kerana perkampungan mereka itu sudahpun dirampas oleh sebuah Syarikat besar tidak tahu datang darimana itu syarikat,jelas Datuk Yong Teck Lee.

Sehubungan dengan itu Saya dan rakan-rakan dalam SAPP tidak sanggup mendengar maklumat itu serta melihat keadaan yang terbabit dalam penderitaan rakyat, maka SAPP mengambil keputusan untuk keluar dari BN. dan kini kita sama-sama berjuang demi hak dan bukan kerana politik semata-mata, tegas Yong.

Saranan masyarakat dari Nabawan yang mahukan perayaan yang dipanggl IJAWARI dimana setiap 1hb Janauri pesta itu diada, semuanya itu akan diambil perhatian oleh SAPP sekiranya mendapat mendat dari rakyat, tiada masalah, kata Yong. Oleh-Hj.Wahab Timpai.
==================================================================
Sila lihat gambar-gambar dibawa dan untuk mahu imef jelas ,klik digambar berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan