Isnin, 11 Mei 2009

HAKISAN SUNGAI PADAS DI KG TANAM LAMA!!!

Ramai orang nampak bah ini tanah runtuh di sungai Padas dikampung Tanam Lama ini tetapi antahlah macam dia orang biar saja tutup mata, macam tidak kena bawah dalam persidangan Dewan Undangan, kalau ini jambatan ikut runtuh barulah rasa balik macam dulu-dulu naik sampan saja. Ini rumah yang nampak dalam gambar sekarang ini pun sudah nyawa-nyawa ikan bah sudah apa kah Kerajaan mahu tunggu runtuh semua ini rumah baru bertindak, sayapun tidak faham sekarang sama salah wakil rakyat atau jebatan yang lambat bertindak, lagipun kampung Tanam Lama tiada JKKK mungkin masuk JKDB, ini JKDB pun mengantok angkali, kalau gitu bagus lagi kami tubuh JKKK sendiri disini baru puas hati sebab kami yang tinggal disinipun mengundi juga bah kalau pilihan raya, lagipun dengar-dengar dulu penduduk di tanam lama ini dikhasnya sebanyak 30 buah rumah diperumahan fasa empat di Kallang, betulkan, tiadapun eh ambuak ak ginoh.Oleh- Hj. Wahab Timpai penulis blog dan gambar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan