Ahad, 3 Mei 2009

PBRS BAHAGIAN MELALAP PERLU KEMASKINI 25 CAWANGAN

PADA 4 Mei 2009 saya layari Laman web Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) pusat dan saya rujuk senarai penyusunan diperingkat bahagian-bahagian, dan terus mencari kawasan tempat saya N.35 Melalap apabila saya klik "DISUDUT BAHAGIAN"

Sayapun terkilan juga nampak cacatan disitu yang PBRS mempunyai 25 cawangan dan seramai 1,050 orang ahli, sekiranya cacatan itu benar saya mencadangkan supaya 25 cawangan itu perlu dikemskini disamping menemui ahli-ahli yang setia kepada parti jangan biar mereka seperti anak ayam kehilangan indungnya.

Walaupun ketua bahagaian PBRS bukan wakil rakyat tetapi beliau wajar turun padang juga bersama pemimpin bahagiannya untuk temui mereka yang masih menunggu kedatangan para pemimpin parti itu.

Sudah terlembat kalau Dewan Undangan sudah bubar baru pelbagai jenis pemimpin masuk kampung, tidak semestinya parti itu hanya menjadi wakil rakyat baru turun padang apa yang penting kualiti kepimpinan pemimpin daripada parti itu yang sebenar, disamping melaksanakan kehendak Perdana Menteri yang ke-enam Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu rakyat didahulukan pencepaian diutamakan baru lah boleh itu slogan Satu Malaysia.

Oleh kerana kawasan P.181 Tenom belum ada lagi pengerusi Barisan Nasional (BN) sudah tentu setiap ketua bahagian agak sukar mengadakan pertemuan untuk membincang hal-hal berkaitan dengan isu parti masing-masing yang kini semakin merunsingkan kerana wujud pintu keluar masuk.

Sehubungan dengan itu para pemimpin diperingkat bahagian PBRS Melalap,saya mengharapkan supaya memberi idea bernas kepada ketua mereka Datuk Kadoh Agundong supaya beliau dapat bertindak demi kebaikan ahli yang masih setia kepada parti atau Datuk Kadoh Agundong, jangan perkecil atau abaikan sokongan mereka itu!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan