Sabtu, 2 Mei 2009

RADIN MALLEH MASIH DITERIMA OLEH RAKYAT.

Saya berpendapat bahawa wakil rakyat kawasan Melalap Datuk Radin Malleh masih diterima oleh akar umbi tidak kira sama ada mereka ahli dalam parti PBS atau sebaliknya. Banyak pihak memberi andaian yang salah sebelum pilihan raya umum ke-12 dimana majoriti memeberikan pendangan bahawa beliau (Datuk Radin Mallah) akan tewas kepada calon pembangkang kerana konon Radin sudah kehilangan penyokong dan pengeruh beliau sudah menurun.

Rupa-rupanya semua andaian daripada pemimpin profesional tersebut meleset dan tidak tepat malah beliau mempuyai cukup kuat kelebihan undi dari penentangnya Jimmy Jawatah daripada Kaedilan.

Walaupun demikian, YB.Datuk Radin Malleh perlu berwaspada kemanangan itu tidak seharusnya merasa selesa sangat, kerana mereka yang mengundi BN itupun tidak semestinya kekal menjadi penyokong beliau, dan begitu juga dengan sebaliknya, mengundi pembangkang tidak semesti mereka itu terus musuh politiknya dikawasan Melalap.

Rakyat yang berpihak kepada pembangkang itu hanya memberi teguran secara sulit kerana mereka tidak dapat bersuara sebenar, yang tersirat dan tersurat dihati senaburi mereka terpendam dan tiada tempat mereka luahkan selain dari mengundi dalam pilihan raya, sebenarnya masalah itu bukan kerana kepimpinan YB. Datuk Radin Malleh rakyat tidak suka, tetapi mungkin dari pembawaan segeintir orang dikelilingnya, atau tidak keterlaluan kalau saya katakan korni-korni beliau yang sebenar, hati rakyat terguris sedikit kerana pemimpin yang ikut-ikut dengan Datuk Radin Malleh tidak memberi layanan sewajarnya ketika mereka (rakyat) memerlukan pertolongan.

Sehubungan dengan itu, Datuk Radin Malleh yang juga Pembentu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah tidak perlu gusar memikirkan sama ada PRU 13 masih boleh bertanding atau dicalonkan oleh pucuk pimpinan PBS dan BN. Apa yang penting sekarang beliau terus membuat kerjanya sebagai wakil rakyat dan kurang tugas di pejabat Ketua Menteri untuk menunaikan segela janji pada pilihan raya lepas kerana kalau rakyat mahu, pesti YB akan dicalonkan lagi dan menang pada PRU13.

Rakyat tahu bahawa kawasan Melalap ini pun seolah-olah dianak tirikan kerana segela permintaan wakil rakyat tidak menjadi kenyataan berbanding dikawasan Kemabong yang menerima berpuloh juta ringgit Malaysia, sebagai contohnya pembinaan jalan dari pekan Kemabong ke Rundun mendapat peruntukan RM27 juta, manakala pembinaan jalan baru berturab dari Jembatan Kemabong ke kampung Gumisi RM15 juta seperti yang saya paparkan dalam blog saya di sudut lain.

Kenapa pula permintaa YB. Datuk Radin Malleh menaik taraf Jembatan jalan Tenom ke Entabuan dan Taman Pertanian Sabah kosnya baru kira-kira RM7 juta, yang sudahpun diluluskan sendiri oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hj. Musa Hj. Aman ketika beliau merasmikan Pesta Kalimaran 2008, di Pusat Rumah Kebudayaan diPulong. Sampai sekarangpun belum dibina permohonan YB itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan