Sabtu, 9 Mei 2009

AJK LAMA MEMOHON MAAF KALAU ADA KELEMAHAN!!

TENOM: Mantan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK) Tenom Matusin Balang memohon maaf kepada pihak sekolah sekiranya ada terdapat kelemahan sepanjang memimpin PIBG SMK. Tenom beberapa panggal.

"Saya manusia biasa sudah tentu tidak lari dalam kesilapan,katanya dalam ucapan alu-aluan yang terakhir dimajlis itu pada Sabtu.

Beliau yang juga Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Tenom bagaimanpun, bersyukur kepada Tuhan kerana selama memimpinPIBG SMK, Tenom, terus mendapat kerjasama dari semua pihak termasuk pentadbir sekolah, dan AJK, serta juga ibubapa untuk mengatasi permasalahan yang dihadapi terutama mencari sumber kewangan.

Namun, harapan saya pada kepimpinan yang baru merujuk permohonan kami itu untuk membina sebuah dewan terbuka SMK. Tenom dan semua dokumen mengenai tujuan itu sudah tersedia, jelas beliau.

Tambahnya lagi, walaupun saya tidak lagi memimpin PIBG kerjasama itu saya teruskan untuk membentu kepada sekolah itu setekat yang termampu berdesarkan tugas wajib dalam Pejabat Pelajaran Daerah Tenom. OLEH-HJ.WAHAB TIMPAI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan