Isnin, 25 Mei 2009

ISU FRANKIE DAN TAN BERBEZA....

KISAH antara Datuk Frankie Chong Naib Presiden SAPP berbeza sama mantan Timbalan Presiden SAPP Datuk Tan Shu Kiah isu tersebut yang ditimbulkan oleh Barisan Nasional dalam soal jawatan dalam Kerajaan setelah SAPP keluar dalam komponen BN dalam kuota China.

Dan demikian juga isu pendirian kedua-dua pemimpin dalam parti juga berbeza Datuk Frankie Chong terus berada dalam SAPP dimana pendirian beliau itu terus mendapat pujian dan senjungan dari rakyat, manakala Datuk Tan Shu Kiah keluar daripada parti asalnya SAPP dan kini telah menyertai dalam parti Gerakan BN apabila serangan kritikan BN bertubi-tubi kerana dia tiada parti masih dalam Kabinet, tetapi ini sudah selesai di peringkat atasan, namun akar umbi belum tahu lagi.

Sehubungan dengan itu, rakyat kini telahpun mula menilai pendirian kedua-dua pemimpin ini seorang kekal dalam BN, dan satu lagi kekal SAPP, namun keputusan penilaian dari rakyat jelata sudah pasti hanya diketahui dalam proses undi sekiranya mereka itu diberi peluang untuk menjadi calon pada pilihan raya umum ke-13.

Datuk Frankie Chong yang berasal daripada Kampung Pulong Tenom satu daerah sama saya, sejak dalam PBS mekanisme beliau berhadapan dengan rakyat sering teruji tetapi berjaya, saya tahu kerana daripada menjadi Setiausha Politik zaman pemerintahan PBS kami bersama dalam Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan Negeri Sabah, dimana ketika itu saya bertugas sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Belia Dan Sukan Datuk Kadoh Agundong, dan diakui cara pendekatan Datuk Farnkie Chong melayan masyarakat begitu baik sekali, namun tidak boleh dinafikan ada juga dikalangan pemimpin kurang senang hati sama beliau apabila keperluan peribadi orang itu tidak tertunai sepenuh, tetapi itu menjadi lumrah dalam hidup manusia , kerana setiap manusia dikurniakan oleh Tuhan beberapa sifat seperti neagitif, positif, dan realiti, itulah sebenar digelar sebagai pemimpin dan bukan mereka yang diselubungi dengan perasaan emosi.Manusia seperti itu masih perlu dipimpin dan tidak layak jadi pemimpin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan