Isnin, 6 Julai 2009

RADIN DISARAN BUAT PEMBAHARUAN KHUSUS KEPADA TIMUGON.

SETIAUSAHA Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Radin Malleh perlu bersiap sedia memperkemaskinikan kepimpinan beliau sejajar dengan senario politik dan persepsi masyarakat dalam kawasan Tenom.

Radin Malleh bukan hanya memimpin PBS, tetepi lebih penting mencari jalan bagaimana memperkukuhkan persefahaman masyarakat Timugon yang masih berselirak menyertai pelbagai parti yang pada akhirkan Timugon hanya jadi satu pelangkap kepada parti berkenaan.

Datuk Radin harus bersikap tegas dan berani berhadapan kepada mana-mana parti sama ada datang dari pembangkang atau Barisan Nasional sendiri untuk memanggil para pemimpin veteran dikalangan Timugon khususnya dikawasan Melelap.

Radin kini disifatkan seorang pemimpin sebagai payong kepada Timugon dan beliau perlu mempuyai iniasitif untuk mencari jalan mengeluar Timugon itu daripada kepompong yang membeluti hati mereka untuk membancikan kepimpinan orang sendiri, disamping mengesan apa sebenar puncakan Timugon bertaburan sejak zaman dahulu lagi.

Sudah tiba masanya setiap pemimpin Timugon bersatu dalam sebuah parti dan kerana Persatuan Murut yang kini dipimpin oleh Datuk Rubin Balang, (Murut Kolor) ,Timugon semakin terpinggir dan kurang mendapat perhatian walaupun ada segelintir Timugon duduk dalam Majlis Tertinggi Persatuan itu.

Justeru itu Radin perlu membuat secara drastik menghimpunkan para pemimpin Timugon tidak kira kefahaman politik, agama, buat seminar khusus kepada masyarakat itu sebagai satu motivasi demi kesedaran mudah-mudahan Tuhan merastui apa yang diajat demi perpaduan Timugon itu sendiri.

Timugon merupakan nama asal (Murut Timugon) kawasan Bandar tidak perlu dipertikaikan oleh orang lain apabila mengadakan satu seminar, kerana panggilan itu lah sebenarnya ikatan persaudaraan nenek moyang terdahulu.

Panggil saja nama etnik Suku Timugon kesemuanya mempunyai kaitan persaudaraan, maka disarankan supaya kita perlu kembali kepada amalan nenek moyang untuk diwarisi oleh generasi akan datang supaya Timugon tidak menumpang ditempat sendiri.

Dan pemimpin Timugon yang lain janganlah merasa ego sangat, ketepikan perbezaan politik terdahulu, fikir-fikirlah sebelum terlambat kerana cucu cicit Timugon akan mempersalah pemimpin sekarang sekiranya mereka terdempar dalam kuasa penumpang. HJ.WAHAB TIMPAI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan