Rabu, 8 Julai 2009

JAMAWI BOLEH MELANGKAH LEBIH JAUH?

KETUA Pergerakan Pemuda Umno kawasan Parlimen 181 Tenom Jamawi Bin Jaffar boleh melengkah lebih jauh lagi sekiranya kepimpinan beliau yang suka membantu kepada yang memerlukan berterusan.

Apa yang paling penting ialah sentiasa memnunaikan harapan rakyat dan jangan sekali-kali berjanji kerana janji itu akan memakan diri pemimpin itu sendiri.

Selain dari keperhatianan, sifatnya juga menjadi perhatian orang ramai khususnya rakyat dikawasan ParlimenTenom dari segi perhubugan dan perwatakan yang lembut tetapi tegas dalam membuat keputusan yang sememangnya tabiat itu menjadi asal semula jadi sejak Jamawi menyandang jawatan selaku Pegawai di Jabatan Kerajaan sebelum berkecimpong dalam arena politik.

Jamawi Jaffar yang juga Ahli Exco Peregakan Pemuda Umno Malaysia menjadi satu taggungjawanya membawa kawasan Tenom yang masih berhadapan pelbagai kemuskilan yang perlu di selesaikan, setelah para pemimpin yang diberi amanah oleh rakyat gagal melaksanakan apa yang diharapkan.

Walaupun Jamawi Jaffar hanya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Parlimen Tenom, merenagkap Exco Pemuda Malaysia namun fungsi kepimpinan beliau akan dinilai oleh rakyat dan para pemimpin atasan berdasarkan fakta laporan sama ada internet atau media massa.

Sehubungan dengan itu, peranan media massa dan internet setiap pemimpin tidak sewajarnya menganggap hanya satu tugas biasa, tetapi mereka itulah yang menaikkan imej kepada pemimpin yang sebenar.

Ingat! bahawa pemimpin yang tidak mahu ditegur itu lambat laun rakyat akan memberi hukuman kepada mereka, sama juga yang suka makan ubat rasa yang pahit badan sihat, sebaliknya,berminat minum jenis manis akan menghidap penyakit kancing manis, sebenarnya teguran yang dilontarkan oleh rakyat tanda sayang supaya pemimpin mereka itu benar-benar buat kerja setelah terpilih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan