Sabtu, 18 Julai 2009

PEGAWAI DAERAH PERLU PERJELASKAN.

RAMAI para pemimpin Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) N.35 Melalap melahirkan rasa kecewa mereka tidak dimaklumkan oleh Pegawai Daerah lawatan Pembantu Menteri Pelancongan YB. Datuk Aliron Angin di Tenom.

Ketua Bahagian PBRS Melalap Datuk Kadoh Agundong mengsahkan bahawa beliau tidak tahu jadual lawatan Timbalan Prsiden PBRS itu ke Tenom.

Bagaimanapun, Kadoh yang juga Naib Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mahukan perkara sedemikian tidak akan berulang lagi.

Sementara itu Ketua Wanita PBRS N.35 Melalap yang juga selaku Ahli Majlis tertinggi Parti itu mahukan pihak bertanggungjawab (Protokol) perlu perjelas kepada Datuk Kadoh Agundong menegani perkara yang berlaku untuk mengelakkan persepsi negatif dari pucuk pimpinan parti.

Ini kerana lain parti dalam komponen ada bersama kepada Timbalan Presiden PBRS itu, yang sudah pasti mendapat pelbagai andaian oleh masyarakat setemapat dan pemimpin yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan