Rabu, 8 Julai 2009

LORI BALAK BIMBANGKAN IBU BAPA DITENOM.

PARA ibu bapa tidak bertujuan untuk menghalang pengangkutan kayu balak melintasi dikawasan bandar, namun setakat memberi peringatan saja sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku kepada murid di sekolah dari St. Anthony, dan Chung Hwa yang terdedah dengan bahaya ketika perjalanan kaki sejauh 500 meter ke pekan untuk mendapatkan bas dimana pada waktu yang sama lori balak yang sarat dengan muatan turut menyusur dijalan yang sama.

Tidak bermakna tindakan undang-undang dikenakan kepada yang terbabait lagi, sekiranya
ada menimpa kepada murid-murid sekolah dan juga orang awam. Saya ngeri membayangkan sekiranya ikatan kayu muatan di atas lori itu terlepas sudah tentu malapetaka tidak dapat dielakkan lagi.

Justeru itu, bagi pihak ibu bapa meminta pihak Polis, JPJ, dan PBT, mencari iniasitif untuk memberikan garis panduan kepada para pemandu lori balak untuk tidak melintasi dikawasan pekan, dan sekolah dari 12.30 sehingga jam 3.00 petang.

1 ulasan:

  1. Err... terjumpa pula blog ni. Alamak, itulah yang menjadi tanda tanya... kata, kayu balak sudah habis di Sabah ni. Habis diangkut dan dikaut oleh kroni-kroni BN tempatan, semenanjung dan Taiwan...China... HK dan macam-macam tempat lagi dari dulu lagi... Tapi, masih ada lagi pula. Ni dari mana pula datangnya?? Mungkin yang ni, sisa-sisa yang tinggal. Pun mau dikikis juga...

    Apapun, saya setuju dengan saudara Hawati... Bahaya tu! Polis Tenom tu buat apa? JPJ? duduk di pejabat saja kah? buatlah kerja sikit.... sikit pun tak pa. Demi rakyat... demi amanah yang telah dipertanggungjawabkan... bukan demi poket kosong yang minta diisi penuh, baru turun padang.

    Kalau ada kemalangan berlaku, tiada gunanya lagi menyalahkan siapa-siapa.

    BalasPadam