Ahad, 26 Julai 2009

DAPATKAH UMNO TENOM UBAH STRATEGINYA?

MESKIPUN saya luar parti Umno namun terpanggil membuat ulasan beberapa laporan internet dimana Pemuda dan Puteri merayu sangat pucuk kepimpinan Bahagian Umno P.181 Tenom Datuk Rubun Balang untuk berusaha memulihkan keretakan ahli parti selepas pemilihan jawatan kuasa dalam bahagian itu.

Datuk Rubin Balang, dan Timbalan beliau Suhaili Guriman, bukan saja perlu memulihkan percentuman para ahli parti terdahulu, tetapi mereka sewajarnya mengambil langkah-langkah mekanisme baru, seperti hentikan birokarsi, jangan perbezakan antara jurang ahli dan pemimpin kerana tanpa ahli pemimpin tidak akan wujud.

Kedua-dua pemimpin ini juga jangan terlalu memberikan layanan istimewa kepada kroni-kroni kaki projek, kerana mereka itulah yang sebenar racun dalam parti, mereka itu seperti lintah, bila lapar mencari mangsa dihisap darah, sebaliknya, sudah kanyang hilang, namun kesan gigitannya itu terus berdarah.

Jangan lupa bahawa permainan politik tidak semestinya musuh itu berterusan, manakala kawan belum tentu berkekalan selama-lamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan