Ahad, 31 Mei 2009

DAP TANDING DUN MELALAP PRU-13.

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kota Kinabalu YB.Dr.Hiew King Cheu mengsahkan bahawa Democratic Action Parti (DAP) akan meletakkan calon Parlimen dan dua kawasan Dewan Undangan Negeri di Tenom pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Menurutnya Pakatan Rakyat telah bersetuju DAP meletakkan calon di Tenom MP, Melalap DUN, dan Kembong, namun DAP tidak bertanding dikawasan Keningau kerana kuota itu ada lah untuk KeAdilan.

" Pakatan Rakyat juga bersetuju pembahagian kuota itu ialah 50/50 bagi kawasan DUN bermakna PKR 30 dan DAP 30 sementara Parlimen 10 kawasan, kata Dr. Hiew.

" DAP bertanding di 30 kawasan Dewan Undangan termasuk kawasan Tenom kerana atas permintaan masyarakat Tionghua, dan pemimpin tertinggi DAP di Sabah telah mempestikan kawasan itu DAP mendapat sokongan amat tinggi oleh masyarakat berbilang kaum.

DAP Tenom akan menggunakan perhubungan mengikut Parlimen dalam dua DUN dan bekal menjadi ketua Bahagian akan diumumkan dalam masa terdekat ini setelah borang yang diedarkan itu dikembali kepada Pejabat DAP Kota Kinabalu. Oleh- Haji Wahab Timpai.

Isnin, 25 Mei 2009

ISU FRANKIE DAN TAN BERBEZA....

KISAH antara Datuk Frankie Chong Naib Presiden SAPP berbeza sama mantan Timbalan Presiden SAPP Datuk Tan Shu Kiah isu tersebut yang ditimbulkan oleh Barisan Nasional dalam soal jawatan dalam Kerajaan setelah SAPP keluar dalam komponen BN dalam kuota China.

Dan demikian juga isu pendirian kedua-dua pemimpin dalam parti juga berbeza Datuk Frankie Chong terus berada dalam SAPP dimana pendirian beliau itu terus mendapat pujian dan senjungan dari rakyat, manakala Datuk Tan Shu Kiah keluar daripada parti asalnya SAPP dan kini telah menyertai dalam parti Gerakan BN apabila serangan kritikan BN bertubi-tubi kerana dia tiada parti masih dalam Kabinet, tetapi ini sudah selesai di peringkat atasan, namun akar umbi belum tahu lagi.

Sehubungan dengan itu, rakyat kini telahpun mula menilai pendirian kedua-dua pemimpin ini seorang kekal dalam BN, dan satu lagi kekal SAPP, namun keputusan penilaian dari rakyat jelata sudah pasti hanya diketahui dalam proses undi sekiranya mereka itu diberi peluang untuk menjadi calon pada pilihan raya umum ke-13.

Datuk Frankie Chong yang berasal daripada Kampung Pulong Tenom satu daerah sama saya, sejak dalam PBS mekanisme beliau berhadapan dengan rakyat sering teruji tetapi berjaya, saya tahu kerana daripada menjadi Setiausha Politik zaman pemerintahan PBS kami bersama dalam Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan Negeri Sabah, dimana ketika itu saya bertugas sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Belia Dan Sukan Datuk Kadoh Agundong, dan diakui cara pendekatan Datuk Farnkie Chong melayan masyarakat begitu baik sekali, namun tidak boleh dinafikan ada juga dikalangan pemimpin kurang senang hati sama beliau apabila keperluan peribadi orang itu tidak tertunai sepenuh, tetapi itu menjadi lumrah dalam hidup manusia , kerana setiap manusia dikurniakan oleh Tuhan beberapa sifat seperti neagitif, positif, dan realiti, itulah sebenar digelar sebagai pemimpin dan bukan mereka yang diselubungi dengan perasaan emosi.Manusia seperti itu masih perlu dipimpin dan tidak layak jadi pemimpin.

Ahad, 24 Mei 2009

MESEJ PENGUNDI PRU -12 JADIKAN IKTIBAR.

SAPP akan membuka sejarah baru dikawasan Tenom dalam penyusunan jawatankuasa pemimpin baru dan lama untuk mengisi tempat yang kosong yang ditinggalkan oleh pemimpin SAPP yang masih mempertahankan BN kerana sebab-sebab tertentu. Tenom P.181 mempunyai dua kawasan Dewan Undangan iaitu N.35 Melalap dan .36 Kemabong, dan kedua-dua kawasan ini termasuk MP ditentang oleh parti pembangkang yang berpusatkan di semenanjung iaitu KeADilan, bagaimana calon-calon pembangkang itu tewas sama BN.

Apa kah kemungkinan rakyat masih terkeliru watak-watak para pemimpin PKR dikawasan itu kerana perebutan menjadi calon pada ketika itu sehingga ada diantara sanggup keluar dari PKR dan cuba jadi calon bebas, ini kesilapan siapa rakyat atau pemimpin mesej rakyat itu perlu dinilai serta diteliti dari sekarang kekalahan calon pembangkang PRU 12 lepas kerana rakyat kalau sudah meraju nah itulah hukuman mereka kembeli kepengkal jalan. Malahan ada pula pemimpin peringkat bahagian PKR ketika itu seperti tekut bayang-bayang, menolak orang veteran berada dalam Jawatankuasa mereka takut kerebutan jawatan, kenapa sampai begitu buruk hati pemimpin seumpama itu,pemimpin veteran, kata orang tua-tua duluan makan geram, dan mereka itu sudah jauh perjalan banyak pengelaman, harapan penulis blog ini adanya parti pembangkang tempatan iaitu SAPP dimana penulis difahamkan pada 29 Mei 2009 ini jawatankuasa SAPP Tenom yang baru secara rasminya Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee menyampai surat watikah perlantikan barisan kepimpinan dikawasan Tenom tahniah rakan-rakan yang menjawat jawatan itu. Semoga anda berjaya dalam perjuangan akan datang.
Timbalan Speaker Datuk Frankie Chong disembut oleh AJK Pelaksana perayaan Pesata Kaamatan Peringkat Negeri anjuran SAPP setibanya beliau dikampung Saupi, Nabawan pada petang 23.5.2009(Sabtu) Foto-Hj.Wahab Timpai. klik gambar kalau mahu jelas.

Sabtu, 23 Mei 2009

JAWATAN TIMBALAN SPEAKER JADI PERTIKAIAN PEMIMPIN BN, SELEPAS TAN!!!

Isu desakan Presiden PBRS Tan Seri Joseph Kurup kepada Timbalan Seapker Negeri Sabah Datuk Frankie Chong hanya seorang saja yang dapat memberikan keputusan iaitu Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah.

Frankie Chong ialah Naib Presiden Parti SAPP dan dilantik oleh TYT selaku Timbalan Seapker Dewan Undangan selepas BN memenagi pilihan raya umum ke-12 Mac 2008,bagaimanapun Datuk Yong Teck Lee yang berada dalam BN selama 13 tahun mengumumkan keluar dalam komponen BN.

Saya memetikkan reaksi Speaker DUN Datuk Juhar Mahirddin dalam akhbar Utusan Borneo keluaran 28 April 2009 dimuka dapan kaki bawah sekali yang bertajuk TYT TENTUKAN KEDUDUKAN CHONG SEBAGAI TIMBALAN SPEAKER. kerana kedudukan jawatan itu tertakluk mengikut Perlembagaan Sabah dan bidang kuasa penuh Yang DiPertua Negeri.

Ini bererti mahu kena tunggulah dulu bah, keputusan kepalakan? Kalau kepala diam-diam apa hal ekor terkipat-kipat hambat sana sini, lama-lama ekor sendiri yang putus nah..kan kah, sendiri dapat sakit aje. jangan marah ya, sebab pendangan rakyat ini sangat penting bah, apa cekap PM Rakyat didahulukan.Oleh- Hj. Wahab Timpai. 24.5.2009 (Ahad)