Khamis, 23 Februari 2012

SAPP BERTANDING KERUSI DUN MELALAP,KEMABONG DAN PARLIMEN.

OLEH.HJ.WAHAB TIMPAI.

TENOM: Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee meminta bakal calon di dua kawasan DUN dan Parlimen di Tenom disini memberi fukos kepada isu tempatan seperti yang disuarakan oleh penyokong akar umbi.

Beliau membuat saranan itu dalam ucapan pengulungannya dimajlis perjumpaan bersama rakyat pada petang Selasa bertempat di hotel Perkasa.

Seramai enam orang pemimpin parti itu memberi cermah termasuk penasihatnya Datuk Mohd.Noor Mansur.

Selain dari itu, Datuk Yong juga menerima kemasukan ahli baru yang diketuai oleh mantan Setiausaha Sulit Menteri Kebudayaan era kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) Dzulkifli Gunsika.

Semakin panas politik dalam kawasan DUN Melalap,Kemabong, Parlimen di sini, dan sokongan rakyat kepada SAPP bertambah baik dari hari kehari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan