Ahad, 8 Ogos 2010

JAMAWI SEMAKIN MEYERLAH PENGERUHNYA?

Jamawi Jaffar kiri menyampaikan derma peribadi.
TENOM: Ketua Pemuda umno P.181 Tenom Jamawi Jaffar pengeruh semakin menyerlah kerana rakyat yakin dengan tindakannya yang berkesan itu.

Selain dari menghulurkan kewangan untuk membantu golongan tertentu atau Persatuan, janji beliau tidak dihentikannya sebelum yang diniatnya itu dapat dinikmati oleh golongan sasar pada sebelum ini mungkin terlepas pandang dari pemimpin seperjuangan dalam umno.

Jamawi merasi segala keperitan golongan yang memerlukan pertolongan, justeru itu, kadang-kadang hanti tersentuh melihat keadaan insan-insan itu beliau menghulurkan bantuan kewangan untuk meringankan beban mereka.

Ternyata program pemuda umno dikawasan Parlimen 181 Tenom yang merangkumi dua kawasan Dewan Undangan iaitu Melalap, dan Kemabong beliau terus mempergiatkan apa yang terdaya sebagi menyusuli yang ditelah dilakukan oleh wakil-wakil rakyat dikawasan tersebut.

Baru-baru ini beliau menyampaikan sumbangan perbadinya kepada Persatuan Karate cawangan Tenom (SKA) sejumlah RM2,000 sempena majlis makan amal anjuran SKA bertempat di Dewan Besar Chung Hua yang turut dihadiri oleh penaung SKA Tenom yang juga Pegawai Daerah Siriman M.F. Basir.

Selasa, 27 Julai 2010

KONTRAKTOR MULA KERJA. 27.7.2010.


KONTRAKTOR mula berkerja membersihkan Jalan simpang kampung Manggau dengan menggunakan jentara berat(Jangkaut).

Menurut Baster Bin KK. Bakit kelulusan hanya sejauh 500 meter yang di timbus batu Sungaidengan kos peruntukan sejumlah RM8,000.

Kertas arahan kerja dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Tenom, Subkontraktor Rosnah Ullap,kata Baster yang memantau perlaksanaan projek itu.

Sabtu, 24 Julai 2010

ISU MENUMBANG POKOK KAYU SIAPA YANG SILAP?

Oleh:Hj. Wahab Timpai.

SAYA terpanggil menulis dalam blog peribadi saya ini untuk mengulas isu penebangan pokok kayu di jalan Tenom-Keningau di hadapan kawasan Sekolah Menengah (SM) Tshung Tsin di daerah Tenom yang mendapat komen meluas dalam akhbar tempatan dan internet di Sabahkini.net daripada mereka yang mendakwakan diri masing-masing sebagai pencinta Alam.

Kalau kita buat siasatan secara terperinci isu itu dari sudut keadilan antara Majlis Daerah Tenom dan pihak Pengurusan di sekolah berkenaan kedua-duanya melakukan kesilapan.

Pihak sekolah kesilapannya menabang swenang-wenangnya pokok itu dengan keputusan tersendiri tanpa merujuk kepada pihak Jabatan Perhutanan terlebih dahulu , dan Majlis Daerah Tenom.

Manakala kesilapan Majlis Daerah Tenom gagal membuat arahan dengan kuasa mereka menghentikan penebangan itu, serta merta, awal kerja itu dibuat, walaupun Pegawai dan Penolong pegawai Eksekutit mereka mengetahui perkara itu dari pandangan mata mereka apabila tempat kejadian isu ini. setiap hari kedua-dua pegawai MDT lintasi tempat itu, pagi dan petang ke pejabat berkerja dan pulang ke rumah, walaupun kerja penebangan tersebut melebihi 24 jam bermula mengikat ranting kayu itu untuk dicantas perlahan-lahan diturun ke bawah dengan menggunakan tali cara gerak kerja yang berhati-hati. dan kerja seterusnya baru pokok itu ditumbangkan setelah semua dahan itu selesai diturukan dalam masa lebih 24 jam dan bukan satu atau dua jam menumbang terus pokok itu. saya juga melihat sepanjang kerja itu dibuat sebab saya limpas di tempat itu ke kebun setiap hari.

Para pekerja yang mencantas ranting-ranting itu juga meletakkan tanda keselamatan lalu lintas ditempat itu menunjukkan kerja-kerja mencantas ranting/dahan kayu itu dilakukan, maka tidak mungkin pihak berkuasa MDT terlepas pandang sehingga kayu itu sudah tinggal tunggul baru berbangkit.

Sabtu, 3 Julai 2010

PETANI BIMBANG PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA.

PARA petani di daerah ini bimbang dengan perkembangan ekonomi dinegera ini yang tidak menentu yang turut menjejaskan sarah hidup mereka.

Daerah Tenom 60 peratus peduduknya bergantung kepada sumber hasil dari usaha dalam ladang untuk meyerah hidup kepada keluarga masing-masing.

Kebimbangan itu timbul berikutan beberapa laporan hasil daripada pendangan pakar-pakar ekonomi di Malaysia yang mendakwa negera berhutang sejumlah yang agakbesar kepada luar negera yang boleh membawa kemuflisan.

Krisis ekonomi melanda di seluruh negera pada tahun 1997 kerajaan Malaysia hanya berhutang sejumlah RM90 billion, manakala kini setekat Disember 2009 hutang negera Malaysia berjumlah RM360.2 billion.

Rabu, 23 Jun 2010

PKR CABANG TENOM ADAKAH PEMILIHAN?

TENOM: Kempen pemilihan Ketua Cabang kawasan P.181 Tenom parti Keadilan semakin panas dalam pertabungan satu lawan satu antara Datuk Halik Zaman dan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dalam bulan September.

Sumber yang boleh dipercayai PKR Tenom kini wujud tem A dan B masing-masing menjual pengaruh mereka untuk mengamit hati orang ramai di daftar menjadi ahli parti dengan tujuan sah dalam perwakilan.

Halik Zaman selaku tem A sekarang ini sibuk masuk di kampung dikawasan Kemabong untuk mencari ahli.

Manakala tem B Dr. Jeffrey belum ada pergerakan berbuat demikian, hanya dalam Facebook dan 4. 7.2010 satu perjumpaan kumpulan B yang dipergerusikan oleh Mail Mathew di Hotel Perkasa jam 2.00 petang.

Inilah dikatakan gajah sama gajah bergaduh pelanduk tersipit ditengah-tengah, ketua cabang sekarang Gansubin, dan Timbalan Peter Lonok hilang kuasa tiada suara sudah.

Tidak mustahil politik wang dalam pemilihan itu, kerana dilihat dari gayanya perkara itu pasti berlaku. HWT.

Ahad, 20 Jun 2010

PERSATUAN ETNIK TIMUGON MENDAPAT SOKONGGAN.

TENOM: Penubuhan Persatuan Etnik Timugon Sabah (PETS) kini mendapat sambutan yang memeransangkan, kata Setiausaha Agung Penajanya Stanis Buandih.

Walaupun PETS baru dalam merangka draf matlamatnya dalam perlembagaan, namun semangat etnik Timugon bagitu tinggi, kata Stanis.

Menurutnya, Barisan Jawatankuasa penaja PETS terdiri dikalangan orang muda/veteran dan sebahagian besarnya memiliki ijazah dan profesional.

Timugon tidak akan berpatah balik dalam tujuannya sebagai keinginan transfomasi dalam etnik itu untuk ingin bersaing etnik yang terdapat di Sabah yang berpersatuan,tegas Stanis.

Dalam pada itu etnik Timugon terpaksa berpisah dari Persatuan asalnya iaitu Persatuan Murut Sabah (PMS) yang juga di asas oleh etnik Timugon pada tahun 1975.

Keputusan ini sememangnya tidak di duga, namun begitu lah akikatnya setelah etnik Timugon menyedari bahawa kebajikan etnik kami itu terus di abaikan oleh PMS, jelas Setiausaha Agung PETS itu. di Tulis Oleh Hj. Wahab Timpai, dalam blog perbadinya. hawatim181.blogspot.com

Rabu, 16 Jun 2010

TUBUH PERSATUAN ETNIK TIMUGON SABAH.

TENOM: Masyarakat Etnik Timugon di Sabah telah bersetuju menubuhkan Persatuan etnik itu sebagi cara berdiri dikaki sendiri tanpa bernaung dalam Persatuan Murut Sabah (PMS) yang kini dipimpin oleh etnik kolor.

Timugon yang menjadi pengasas Persatuan Murut Sabah, kini semakin tersisih dalam kepimpinan yang baru dalam persatuan, kerana PMS telah jauh tersasar dari matlamat asalnya fokus PMS ditubuhkan.

Generasi orang Timugon tidak mendapt perhatian mendapat tempat dari sgi agihan kerja, sebagai contoh, kaki tangan Pusat Kebudayaan Murut Sabah Pulong Tenom, majoriti hanya terdiri dari etnik Tagol yang menopoli.

Justeru itu, suku Timugon kini sedar atas perkara yang berlaku, maka timbul satu idea dikalangan generasi sekarang ini yang terpelajar, bahawa Timugon perlu mempunyai tempat naungan sendiri.

Perbincangan itu di Pengerusikan oleh seorang anak Timugon berkelulusan Graduan Stanis Bundih, yang turut dihadiri oleh rakan sebaya beliau Sammy Jimaan, Justin Abus, dan dua orang pemimpin veteran Timugon, Mail Mathew,dan Hj. Wahab Timpai.