Jumaat, 28 Ogos 2009

UCAPAN TERIMA KASIH DARI KELUARGA SAMIN BIN BAIGON.

HARI ini Jumaat 28.08.2009 satu kegembariaan kepada kami kerana Samin Bin Baigon telah sembuh sepenuhnya tanpa kececatan akal dan tenaga asal dan keluar dari hospital Tenom kira-kira jam 10.00 pagi.

Beliau pulang dirumahnya, dikampung Gunting/Lingkuong Tenom, tiada apa yang terkata hanya bersyukur kepada Tuhan kerana masih memberikan peluang hidup Samin Bin Baigon walaupun beliau sudah kritikel selama lapan hari diHospital Keningau sejak dari hospital Tenom pada 6 Ogos 2009, kemudian di hantar di Hospital Keningau jam 6.00 petang pada 7 Ogos 2009 dalam keadaan koma sampai 13.Ogos 2009.

Kami adik beradik, dan anak-anaknya merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh penjawat awam Hospital Tenom dan doktor-doktor pakar hospital Keningau yang bertungkus lumus berusaha menyelamatkan saudara kami itu.

Terima kasih juga kepada semua anak-anak buah dan saudara-saudara yang datang menziarai kepada Samin di hospital Tenom dan Keningau. dan juga yang datang membantu membaiki rumah beliau yang dalam keadaan uzur, terima kasih banyak-banyak kepada anda hanya tuhan saja yang membelas budi kamu semua. Tidak lupa juga kami ucapkan terima kasih kepada Datuk Kadoh Agundong yang sudi datang ziarah Samin di wad ICU Keningau.

Daripada:- Gunsyor Binti Baigon (Kakak Sulong)
Saringkoi Binti Baigon (Kakak)
Hj. Wahab Timpai Bin Baigon (Adik)
Sibuangan Bin Samin (Anak)
Boy @ Rahman Bin Samin (Anak)
Jumat Bin Samin (Anak)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan