Khamis, 20 Ogos 2009

HOSPITAL TENOM PERLU DINAIK TARAF-BLOG.

KERAJAAN Persekutuan diminta supaya dapat menaik tarafkan Hospital Daerah Tenom dengan sekali gus membekalkan peralatan yang canggih daripada yang ada sekarang ini untuk memudahkan para doktor menjalankan tugas mereka , kerana hospital Tenom menjadi pilihan utama keluarga pesakit dari luar bandar yang penyakitnya berisiko tinggi.

Selain itu, seorang doktor pakar juga perlu seminggu sekali melawat khususnya doktor pakar Paru-paru, kerana setiap keluarga pesakit menerima maklum daripada hospital ini(TENOM) paru-paru pesakit sudah kejangkitan kuman apabila diperingkat pemeriksaan dikawasan Kecemasan.

Peralatan yang canggih wajar dibekalkan kerana keseluruhan penjawat awam dihospital merupakan jururawat terlatih yang boleh mengendalikan setiap mesin seperti yang dibekalkan dihospital Keningau untuk menyelamatkan nyawa pesakit yang kritikal, disamping hospital Tenom perlu ada bilik ICU atau kawalan rapi. Sebelum ianya dirujuk di Hospital lain, seperti Keningau, dan Kota Kinabalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan