Ahad, 2 Ogos 2009

JANGAN DULU GANGU KERAJAAN, NEGERA HADAPI WABAK INFLUENZA A H1 N1

SEMUA parti politik di negera ini sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, sewajarnya mereka ini menumpukan perhatian menyelamatkan rakyat dalam negera ini yang kini berhadapan dengan wabak selesma babi atau yang dikenali Influenza A H1N1 dan bukan mengadakan demostrasi yang tidak berfaedah itu.

Kalau mengajak rakyat demostrasi hanya semata-mata membantah ISA disamping bermotif politik, kenapa para pemimpin yang terlibat tidak ajak kerajaan berbincang secara profesional, lagi pun, kerajaan lebih meletakkan keutamaan melindungi rakyat dari mendapat jangkitan wabak maut ini H1 N1 yang kini membimbangkan kepada setiap individu, justeru itu, saya berpendapat kerajaan jangan dulu digangu dengan anjuran demonstrasi jalanan seperti yang berlaku Sabtu lepas di Kuala Lumpur.

Cuba fikir kerajaan banyak menghabiskan wang pembayaran elaun anggota keselamatan untuk mengawal pergerakan demonstrasi yang dilakukan itu.Lebih baik wang digunakan itu membeli ubat untuk merawat yang sudah dijangkati wabak Influenza A H1N1 di seluruh Negera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan