Ahad, 2 Ogos 2009

PENGERUH FRANKIE DI NABAWAN MENINGKAT?

POLITIK Nabawan, Pensiangan kini semakin panas, SAPP terus menjalar akarnya disitu,dan apakah akar itu berjaya memusnahkan beberapa pokok besar yang masih hidup segar seperti Upko, dan PBRS di masing-masing wakil Parlimen PensianganTan Sri Joseph Kurup, dan DUN Nabawan Datuk Bobey Afang Suan.

Naib Presiden SAPP Datuk Frankie Chong juga seorang pemimpin yang tidak boleh diperkecilkan keupayaannya dari segi politik.


Kelebihan DatukFrankie Chong bukan saja mudah didekati oleh rakyat tetapi perwatakannya yang mudah tersenyum dan pemurah orangnya membuat rakyat tertarik disamping memberi penyampaian yang cukup jelas untuk dianalisiskan oleh yang berminat untuk membuat pertimbangan seterusnya keputusan.

Penyampaian yang baik merupakan satu senjata kepada para pemimpin berhadapan dengan rakyat yang sebenar.

Persoalannya sekarang adakah pemimpin yang berpengaruh besar itu seperti Frankie berminat dikawasan Nabawan, atau Melalap? sama-sama kita tunggu apabila tiba masanya. HJ.WAHAB TIMPAI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan