Jumaat, 31 Julai 2009

JKKK KAMPONG GUNTING TENOM MESYUARAT PERTAMA 2009.

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) KAMPUNG GUNTING TENOM BERMESYUARAT YANG PERTAMA DALAM SESI 2009 UNTUK MEMBINCANGKAN PERMASALAHAN PENDUDUK KAMPUNG TERUTAMA AMPANGAN PARIT AIR SAWAH PADI DITUTUP OLEH PEMILIK TANAH.

PENGERUSI JKKK KAMPUNG GUNTING LAIJU BIN BAJIT AKAN MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT TERSEBUT YANG BERMULA JAM 2.30 PETANG BERTEMPAT DIRUMAH KEBUDAYAAN KAMPUNG GUNTING TENOM 3 KILOMETER DARI PEKAN TENOM.

PENULARAN INFLUENZA A H1N1 PIHAK BERWAJIB PERLU BERTINDAK TEGAS.

MURID sekolah yang balik dari pergi melancong di semenangjung pihak jabatan pelajaran juga perlu ambil perhatian serius bertindak untuk kurantinkan mereka bagi mengelakan jangitan influenza A H1 N 1 kepada pelajar lain.

Difahamkan bahawa remaja yang dijangkiti Influenza A H1 N 1 yang berasal dikampung Baru Jumpa itu baru balik dari menghadiri kawat Kadet di Melaka.

Kalau hanya jaga kebersihan tidak cukup, sebagai mengulas seranan PPD Tenom dalam Sabahdaily.com

Anak pemimpin politik juga tidak terkecuali untuk dikurantinkan yang baru balik dari luar dan dalam negera demi keselamatan orang ramai.

Soal menjaga keselamatan pihak berwajib tidak perlu melihat kedudukan pangkat, kurantinkan saja mereka yang baru pulang melancong, fasal ini melibatkan nyawa.

Sekian terima kasih. Hj. Wahab Timpai.

Ahad, 26 Julai 2009

DAPATKAH UMNO TENOM UBAH STRATEGINYA?

MESKIPUN saya luar parti Umno namun terpanggil membuat ulasan beberapa laporan internet dimana Pemuda dan Puteri merayu sangat pucuk kepimpinan Bahagian Umno P.181 Tenom Datuk Rubun Balang untuk berusaha memulihkan keretakan ahli parti selepas pemilihan jawatan kuasa dalam bahagian itu.

Datuk Rubin Balang, dan Timbalan beliau Suhaili Guriman, bukan saja perlu memulihkan percentuman para ahli parti terdahulu, tetapi mereka sewajarnya mengambil langkah-langkah mekanisme baru, seperti hentikan birokarsi, jangan perbezakan antara jurang ahli dan pemimpin kerana tanpa ahli pemimpin tidak akan wujud.

Kedua-dua pemimpin ini juga jangan terlalu memberikan layanan istimewa kepada kroni-kroni kaki projek, kerana mereka itulah yang sebenar racun dalam parti, mereka itu seperti lintah, bila lapar mencari mangsa dihisap darah, sebaliknya, sudah kanyang hilang, namun kesan gigitannya itu terus berdarah.

Jangan lupa bahawa permainan politik tidak semestinya musuh itu berterusan, manakala kawan belum tentu berkekalan selama-lamanya.

Khamis, 23 Julai 2009

SOKONG INSINTEF PENTERNAK AYAM DIKAJI SEMULA.

SECARA peribadi saya sokong pihak Kementerian Pertanian Industeri asas tani Malaysia mengkaji semula insintef penternak ayam di seluruh negera, untuk membolehkan penternak kecil-kecilan mendapat agihan yang adil peruntukan dari kerajaan yang sedia ada itu.

Mungkin pihak kementerian telah dapat mengesan cara yang lama itu lebih berpihak kepada penternak besar-besaran saja, kata orang, kaya tamabah kaya, miskin tambah miskin.

Sebagai orang kampung yang berminat dalam penternakan mengharapkan mekanisme baru ini sampai kesesaran.

Sehubungan dengan itu adalah diharapkan pihak kerajaan negeri ini mendapat tambias dengan peraturan baru itu disamping kemnetrian yang bertanggungjawab itu juga menyemak permohonan sejak 2004, kerana ramai penternak memohon ketika itu diabaikan saja, khasnya golongan yang bukan ahli Umno.

Sabtu, 18 Julai 2009

PEGAWAI DAERAH PERLU PERJELASKAN.

RAMAI para pemimpin Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) N.35 Melalap melahirkan rasa kecewa mereka tidak dimaklumkan oleh Pegawai Daerah lawatan Pembantu Menteri Pelancongan YB. Datuk Aliron Angin di Tenom.

Ketua Bahagian PBRS Melalap Datuk Kadoh Agundong mengsahkan bahawa beliau tidak tahu jadual lawatan Timbalan Prsiden PBRS itu ke Tenom.

Bagaimanapun, Kadoh yang juga Naib Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mahukan perkara sedemikian tidak akan berulang lagi.

Sementara itu Ketua Wanita PBRS N.35 Melalap yang juga selaku Ahli Majlis tertinggi Parti itu mahukan pihak bertanggungjawab (Protokol) perlu perjelas kepada Datuk Kadoh Agundong menegani perkara yang berlaku untuk mengelakkan persepsi negatif dari pucuk pimpinan parti.

Ini kerana lain parti dalam komponen ada bersama kepada Timbalan Presiden PBRS itu, yang sudah pasti mendapat pelbagai andaian oleh masyarakat setemapat dan pemimpin yang lain.

Khamis, 16 Julai 2009

DAGING, DAN AYAM, MASIH BERBAU DARAH( MANTAH)

PIHAK Majlis Daerah Tenom (MDT) sudah atau belum membekalkan kepada setiap premis undang-undang kecil 1972, yang menyebut dua aspek perlu dipatuhi oleh premis, ia itu,

Pertama: Premis perlu bersih.

Kedua: Perlu memiliki sijil kesihatan.

Namun undang-undang kecil itu belum cukup, kerana majoriti retoran bumiputra yang saya dapati pemilik restoran berkenaan tidak menyedarai setiap pekerja mereka menyantuh makanan seperti buat soto, mee Sup, bakso, dan lain makanan tanpa memakai sarung tangan, atau menggunakan alat penyipit.

Perkara itu termasuk dalam OBJEKTIF UNIT KESIHATAN DAN PERKHDIMATAN BANDAR,
yang mewujudkan satu sistem kawalan kesihatan yang cekap dan berkesan untuk mencapai tahap amalan kesihatan yang berkualiti.

Memestikan tahap kebersihan premis dan pengendali makanan adalah ditahap yang tinggi dan selamat serta bebas dari seberang pencemaran.

Baru-baru ini saya dan rakan mengujungi sebuah restoran di daerah Tenom, apa yang mengecewakan makanan itu daging , dan ayamnya masih mantah dan berbau darah, meloyakan bukan seperti sebelum ini, memang sedap, dan meyelerakan, tetepi ketika itu terpaksa saya tinggalkan makanan yang digemari itu.