Selasa, 27 Oktober 2009

PKR PUSAT TIDAK YAKIN KDM KETUAI SABAH?

Masyarakat Kadazandusun dan Murut perlu ambil iktibar bahawa pemimpin diperingkat pusat parti Ke Adilan (PKR) tidak yakin KDM menjadi ketua perhubungan di Sabah.

Justeru itu, saya berpendapat bahawa kalau orang Semananjung tidak lagi yakin kepada suku bangsa kita orang KDM buat apa lagi kita orang tunggu dalam PKR?

Bagi saya, apa yang berlaku sekarang kepada Datuk Dr. Jeffery Kitingan menjadi satu pengajaran kepada kita orang KDM.

Datuk Dr. Jeffery Kitingan meletak jawatan sebagai naib Presiden PKR tidak cukup itu, demi meruah KDM adalah lebih baik beliau keluar daripadaparti KeAdilan itu bersama-sama dengan penyokongnya dan berehat dulu sementara waktu.

Kini kiamat politik sedang melanda di Malaysia tidak kira BN atau PR parti2 itu ada saja kemelutnya, dan keadaan seumpama ini terus mengelirukan rakyat, kerana, hanya sikap pemimpin yang tamak kuasa semata-mata dan bukan sebab perjuangan untuk rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan