Jumaat, 23 Oktober 2009

AHLI PKR BERPATAH BALIK KE BN ?

Hj. Wahab Timpai.

Pergelutan politik PKR di Sabah saya mengandaikan sama seperti mereka bermain air di atas dulang mericik dimuka sendiri.

Beberapa hari ini Sabahkini.net banyak melaporkan berhubung dengan status ketua kepimpinan PKR dinegeri Sabah yang menjurus kepada sudut perlantikan mengetuai kepimpinan Negeri, dimana terdapat hampir seluruh Ketua Bahagian membantah keputusan pucuk pimpinan dari Kuala Lumpur yang melantik salah seorang naib Presiden daripada pusat menyandangkan jawatan itu di Sabah.

Justeru itu kini rakyat di kawasan Tenom mempertimbangkan berkemungkinan ahli dan penyokong PKR itu akan berpatah balik kepangkuan Barisan Nasional BN sekiranya kemelut politik pembangkang itu berterusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan