Sabtu, 17 Oktober 2009

KERAJAAN DISERU SUPAYA MEMBENARKAN MEDIA CETAK TERBIT TEGURAN RAKYAT.

HJ.WAHAB TIMPAI.

KERAJAAN Barisan Nasional (BN) perlu membenarkan rakyat membuat teguran kepada para pemimpin BN yang kurang bekerja menerusi Media Massa selepas memanangi pilihan raya ke-12 Mac 2008

Ramai pemimpin komponen BN hanya kelihatan batang hidung mereka semasa kempen selama 8 hari semasa pilihanraya saja bersama calon, dan selepas itu hilang tidak lagi muncul kususnya dikawasan Tenom yang merangkumi dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Melalap dan Kemabong.

Kawasan ini juga masih mengamalkan fikiran masing-masing memperjuangkan kepentingan parti tanpa adanya semangatperkongsian kuasa yang sebenar, dan dari situlah puncanya ada diantara ahli parti dalam komponen itu terabai kebajikan mereka meneyebabkan sokongan mereka kepada BN berkurangan selepas PRU ke 12.

Sekiranya sikap para pemimpin UMNO- BN tidak berubah, saya bimbang pindahan perlembagaan Umno itu hanya sia-sia saja, sebaliknya bertambah pergelutan masalah rakyat dikawasan yang terbabit kerana kurang mendapat perhatian oleh wakil rakyatnya kerana malas turun padang seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan penutupan perhimpunan Umno ke 60 itu.

Pihak Media massa(Cetak) juga terpaksa tidak menerbitkan tegur rakyat yang bernas terutama wakil rakyat yang malas turun padang kerana mereka takut dikenakan tindakan oleh kerajaan.

Mungkin diluar pengetahuan semua presiden Parti dalam komponen Barisan BN, bahawa masih terdapat para pemimpin bawahan masing-masing sombong kepada rakyat setelah mendapat pangkat dalam Kerajaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan