Selasa, 27 Oktober 2009

PENERIMA SUBSIDI BAJA TIDAK MENDAPAT TAKLIMAT CARA PENGGUNAANNYA.

PADA 26.10.2009 saya terkilan dengan jawapan seorang penjawat awam di Pertubuhan Peladang Tenom yang memeberi tahu bahawa setiap pendaftar baru pada 24.8.2009 hanya mendapat subsidi racun pada tahun dapan dan semua racun itu dibagi bulan Januari 2010.

Menurut pegawai berkenaan pembekal racun hanya satu syarikat saja dari Kuala Lumpur dan tiada di Sabah.

Oleh kerana pengusaha sawah padi khususnya pendaftar baru di Kampung Gunting/Baab terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membeli racun serangga musim kedua ini.

Satu perkara lagi, mungkin kelemahan agensi itu ialah, BAJA-BAJA yang di bahagikan kepada orang petani, ada diantara mereka tidak tahu keadah penggunaan baja itu, dan mungkin memaksa kakitangan daripada Pertubuhan Peladang Tenom turun padang memberikan satu majlis taklimat pada akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan