Isnin, 19 September 2011

PERTEMUAN BUKUH DENGAN RUAS PRU13?

TENOM: istilah bukuh dengan ruas akan bertemu DUN Melalap dan Parlimen Tenom mungkin menjadi kenyataan pada pilihan raya ke 13 ini.

Pertemuan ini bukan saja dari segi pengelaman dalam politik tetapi faktor kewangan merupakan menjadi asas utama pertarungan menjadi senjata mereka untuk menewan kubu BN termasuk DUN Kemabong.

Difahamkan tiga R seperti Radin Malleh, Raimie Unggi, dan Rubin Balang, berkungkinan dicalonkan semula oleh pucuk pimpinan parti masing-masing PRU 13.

Pengelibatan pemimpin muda dalam pembangkang juga dialu-alukan, tetapi, bukan saja dinilai disegi akademik, tetapi kepantasan minda dalam merancangkan perubahan untuk kepentingan rakyat ia itu berwawasan sangat diambil kira,disamping kedudukan ekonominya.

Bagaimanapun, PKR Tenom masalah kewangan tidak timbul kerana kepimpinan parti itu yang dikepalai oleh Datuk Halik Zaman selaku Ketua Cabang semua itu telah selesai difikirnya, dan sanggup berhadapan kepada umno-BN bila-bila masa saja.

Datuk Kadoh Agundong dan Datuk Halik Zaman serta para pemimpin yang lain dalam Cabang PKR Tenom terus berazam menawan Parlimen , dan dua kawasan DUN pada PRU 13, dengan pengalaman kedua-dua pemimpin veteran ini yang kini duduk semeja dalam PKR, menyuntik semangat ahli dan para penyokong Pakatan Rakyat di Tenom.

Persoalan sekarang ini? siapa kah jadi bukuh, dan siapa ruas, kita tunggu bersama keputusan rakyat di kawasan parlimen Tenom termasuk dua DUN, Melalap dan Kemabong.OLEH-HJ.WAHAB TIMPAI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan