Ahad, 18 September 2011

KADOH DITERIMA MASUK PKR-HALIK.

TENOM: Bekas Naib Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Kadoh Agundong diterima menyertai Keadilan Cabang Tenom, kata Halik Zaman.

Beliau yang juga selaku Ketua cabang PKR Tenom memberi tahu demikian dalam satu majlis perjumpaan disini baru-baru ini.

Menurutnya, Kadoh telah memaklumkan hasratnya menyerati PKR dari bulan Januari 2011 melalui bekas orang kanannya.

Cabang PKR Tenom mengalu-alukan kehadiran Datuk Kadoh Agundong dalam PKR,kerana beliau lebih arif dalam situasi kawasan DUN Melalap setelah menjadi wakil Rakyat dua panggal dalam era pemerintahan Parti Berrsatu Sabah,jelas Halik Zaman.

Sehubungan dengan itu, kata Halik lagi, Kadoh akan dilantik naib 3 cabang PKR Tenom untuk membolehkan beliau menyalurkan pendangan kepada parti PKR.

Katika di tanya apakah Kadoh bakal di calonkan PRU 13 di kawasan DUN Melalap? Datuk Halik Zaman enggan mengulas mengenai perkara itu, sambil berkata Parlimen belum lagi Najib bubar.

Dalam PKR tiada perebutan tentang calon siapa yang dipersetujui oleh pusat dia lah yang disokong,tegas Halik. OLEH-HJ.WAHAB TIMPAI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan