Ahad, 18 September 2011

KADOH KINI BERAKSI DALAM GELANGGANG PEMBANGKANG.

TENOM: Mantan Wakil Rakyat DUN Melalap Datuk kadoh Agundong bertukar unifom setelah keluar dari parti PBRS dan menyertai PKR melalui Cabang Tenom.

Ketika dihubungi Kadoh mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan PKR, khususnya Ketua cabang PKR Tenom Datuk Halik Zaman kerana menerima permohonannya menyertai Keadilan.

"Saya akan ke daerah Tenom untuk turut serta program yang telah disusun oleh Cabang PKR Tenom,kata Kadoh.

Bagaimanapun, mantan naib Presiden PBRS itu enggan mengulas kenapa beliau keluar dari parti gabungan BN, dan menyerati gabungan pakatan rakyat.

Menurutnya, masih terlalu awal untuk mendedahkan kenapa dan apa sebab saya sertai PKR, setelah keluar dari PBRS,tunggu lah dulu,simpan,simpan dulu.

Kadoh tertewas oleh calon PBS Datuk Radin Malleh, dimana ketika itu Kadoh gunakan lambang dacing BN pada pilihan raya 1999, dan sekiranya Kadoh jadi calon bertemu semula dengan Radin yang sudah pasti menggunakan lambang dacing-BN.

Sementara itu seorang pemerhati politik di Tenom yang enggan namanya disiarkan dalam blogger ini memuji langkah mantan wakil rakyat Melalap itu, dan sekiranya beliau menjadi pencabar Radin Malleh, sudah pasti luka lama akan berdarah semula.

Apapun, semua calon masih menjadi teka teki dikepala para penyokong Pakatan rakyat di kawasan Tenom,Melalap,dan Kemabong.Oleh-Hj.Wahab Timpai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan