Rabu, 23 Jun 2010

PKR CABANG TENOM ADAKAH PEMILIHAN?

TENOM: Kempen pemilihan Ketua Cabang kawasan P.181 Tenom parti Keadilan semakin panas dalam pertabungan satu lawan satu antara Datuk Halik Zaman dan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dalam bulan September.

Sumber yang boleh dipercayai PKR Tenom kini wujud tem A dan B masing-masing menjual pengaruh mereka untuk mengamit hati orang ramai di daftar menjadi ahli parti dengan tujuan sah dalam perwakilan.

Halik Zaman selaku tem A sekarang ini sibuk masuk di kampung dikawasan Kemabong untuk mencari ahli.

Manakala tem B Dr. Jeffrey belum ada pergerakan berbuat demikian, hanya dalam Facebook dan 4. 7.2010 satu perjumpaan kumpulan B yang dipergerusikan oleh Mail Mathew di Hotel Perkasa jam 2.00 petang.

Inilah dikatakan gajah sama gajah bergaduh pelanduk tersipit ditengah-tengah, ketua cabang sekarang Gansubin, dan Timbalan Peter Lonok hilang kuasa tiada suara sudah.

Tidak mustahil politik wang dalam pemilihan itu, kerana dilihat dari gayanya perkara itu pasti berlaku. HWT.

Ahad, 20 Jun 2010

PERSATUAN ETNIK TIMUGON MENDAPAT SOKONGGAN.

TENOM: Penubuhan Persatuan Etnik Timugon Sabah (PETS) kini mendapat sambutan yang memeransangkan, kata Setiausaha Agung Penajanya Stanis Buandih.

Walaupun PETS baru dalam merangka draf matlamatnya dalam perlembagaan, namun semangat etnik Timugon bagitu tinggi, kata Stanis.

Menurutnya, Barisan Jawatankuasa penaja PETS terdiri dikalangan orang muda/veteran dan sebahagian besarnya memiliki ijazah dan profesional.

Timugon tidak akan berpatah balik dalam tujuannya sebagai keinginan transfomasi dalam etnik itu untuk ingin bersaing etnik yang terdapat di Sabah yang berpersatuan,tegas Stanis.

Dalam pada itu etnik Timugon terpaksa berpisah dari Persatuan asalnya iaitu Persatuan Murut Sabah (PMS) yang juga di asas oleh etnik Timugon pada tahun 1975.

Keputusan ini sememangnya tidak di duga, namun begitu lah akikatnya setelah etnik Timugon menyedari bahawa kebajikan etnik kami itu terus di abaikan oleh PMS, jelas Setiausaha Agung PETS itu. di Tulis Oleh Hj. Wahab Timpai, dalam blog perbadinya. hawatim181.blogspot.com

Rabu, 16 Jun 2010

TUBUH PERSATUAN ETNIK TIMUGON SABAH.

TENOM: Masyarakat Etnik Timugon di Sabah telah bersetuju menubuhkan Persatuan etnik itu sebagi cara berdiri dikaki sendiri tanpa bernaung dalam Persatuan Murut Sabah (PMS) yang kini dipimpin oleh etnik kolor.

Timugon yang menjadi pengasas Persatuan Murut Sabah, kini semakin tersisih dalam kepimpinan yang baru dalam persatuan, kerana PMS telah jauh tersasar dari matlamat asalnya fokus PMS ditubuhkan.

Generasi orang Timugon tidak mendapt perhatian mendapat tempat dari sgi agihan kerja, sebagai contoh, kaki tangan Pusat Kebudayaan Murut Sabah Pulong Tenom, majoriti hanya terdiri dari etnik Tagol yang menopoli.

Justeru itu, suku Timugon kini sedar atas perkara yang berlaku, maka timbul satu idea dikalangan generasi sekarang ini yang terpelajar, bahawa Timugon perlu mempunyai tempat naungan sendiri.

Perbincangan itu di Pengerusikan oleh seorang anak Timugon berkelulusan Graduan Stanis Bundih, yang turut dihadiri oleh rakan sebaya beliau Sammy Jimaan, Justin Abus, dan dua orang pemimpin veteran Timugon, Mail Mathew,dan Hj. Wahab Timpai.