Isnin, 30 November 2009

PENGUSAHA TEKSI PEDALAMAN ATAS MEMINTA KERAJAN MENGKAJI SEMULA PELAKSANAN MENGHADKAN UMUR TEKSI DIPEDALAMAN SABAH.

OLEH: HAJI WAHAB TIMPAI.

TENOM: Majoriti pengusaha teksi dikawasan pedalaman Atas Sabah merayu supaya kerajaan Barisan Nasional kaji semula cadangan yang mahu menghadkan umur kendaraan perkhidmatan Pengangkutan Awam khususnya Teksi dikawasan Pedalaman Atas.

Juking bin Kilan 66 tahun selaku jurucakap berkata kalau kerajaan meneruskan cadangan itu sudah tentu kami pengusaha teksi yang tinggal dipedalaman ada yang gulung tikar kerana tidak mampu menukar kereta baru.

Kerajaan seharusnya menimbangkan keadaan dikawasan pengusaha diluar bandar berbanding di Ibu Kota, kami disini satu hari tunggu diperhentian Teksi lansung tidak dapat penumpang, sejak Bas Tungma beroperasi Dari Tenom, Kota Kinabalu, Tenom Keningau empat kali dalam sehari, dia pungut semua, jadi macam mana kami pengusha Teksi disini mahu cari makan, kami pun mahu hidup juga seperti orang kaya-kaya di Ibu Negera Malaysia. Teksi di sini majoriti dari 1976 hingga 19980 masih boleh beroperasi, jelas Juking.

Sementara itu, Teo Chun An 37 tahun, turut membantah cadangan kerajaan yang mahu menghadkan umur kendaraan perkhidmatan Awam khususnya kami pengusaha Teksi yang baru berjinak-jinak dengan usahawan, kalau ini macam ah, haiya mati oh, kami tiap-tiap hari duduk tempat parking kadang-kadang satu sen pun tidak dapat, jadi apa macam tukar kereta, sekarang lagi kalau kereta baru itu insuran mahu dekat tiga ribu oh mana tahan ini macam, patut ini kerajaan mahu timbang sikit ini suara rakyat itu PM kata Satu Malaysia, suara rakyat di dahulu, pencapaian diutama, tetapi, kalau ini macam mana pencapaian dapat oh, golong tikar ada lah. harap-harap ini kerajaan Dato Najib Tun Razak dapat tolong rakyat oh.kata Teo Chung An.

"Saya satu bulan tidak sampai satu ribu pendapatan macam mana mahu tukar kereta baru, jadi kami harap itu kerajaan boleh tolong timbang supaya kereta yang model 80an pun masih boleh diterima sebagai angkat penumpang kerana ini kereta saja tempat kami cari makan untuk anak isteri, kata Teo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan