Sabtu, 21 November 2009

PBRS N.35 MELALAP DAN N.36 KEMABONG BERMESYUARAT AGUNG SERANTAK BERTEMPAT HOTEL PERKASA TENOM PADA 20.11.2009.

VENCENT LEE SEDANG DISEMATKAN BUNGA ROZET.

Naib Presiden (Pemuda) Encik Vencent Lee mempengerusikan mesyuarat PBRS Bahagian Melalap dan Kemabong di Hotel Perkasa pada pagi Jumaat (20.11.2009) ditempat yang sama dengan berlain masa.

Beliau yang dilantik selaku pengerusi Tetap dalam mesyuarat itu dikedua-dua kawasan Melalap dan Kemabong, menegur PBRS Bahagian Kemabong kerana gagal menyediakan laporan Setiausaha, dan laporan Bendahari dalam mesyuarat itu.

Bagaimanapun, Vencent Lee, memberi kelanggoran dan meminta perwakilan untuk memberi kata putus sama ada mesyuarat agung Bahagian Kemabong itu diteruskan tanpa kehediran Setiausaha Bahagian dan Bendaharinya tidak hadir.

Namun, beliau akur dengan suara majoriti perwakilan yang meminta mesyuarat agung itu diteruskan, sementara laporan setiausaha dan bendahari dibawa ke tahun hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan