Khamis, 23 April 2009

PENYANDANG JKKKK KG.GUNTING SEMUA MENANG TANPA TANDING.

Pegawai Kerajaan yang ditugaskan untuk memantau pemilihan AJK JKKK dibubarkan melahirkan gembira kerana penduduk kampung memberikan kerja sama untuk tidak mengadakan pertandingan dalam semua pemilihan tersebut.

Mereka rasa seronok sebab tidak ada ganguan sepanjang majlis itu dijalankan, Pegawai daripada Penarangan, Tenom Rushdi Bin Mohd Hamsah yang mengendali majlis pemilihan itu kelihatan sungguh selesa sangat bah mereka dengan seorang lagi rakan sepejabatnya Azizi Ajamain Bin Banjain Mohd.

Wah..boleh tahan juga penduduk di kampung Gunting mereka puji bah,kata mereka sebanyak-banyak kampung hanya kampung Gunting yang tidak bermasalah dalam pemilihan, kalau kampung Manining penduduk disana, kononnya, mereka mahu penyandang JKKK terdiri dikalangan orang Veteran aje, tapi berbeza di kampung Gunting mereka galakkan sebahagian orang remaja menjawat dalam JKKK sebagai pelapis.

Senarai AJK JKKK Kampung Gunting seperti berikut:

1.Pengerusi Laiju Bin Bajit.
2.Tim.Pengerusi. Mailap Bin Mathew
3.Setiausaha. Jamie Bin Amparul
4Bendahari Junik Bin Bajit.
5. AJK. Haji Wahab Timpai Bin Baigon.
6.AJK. Mex Leong.
7.AJK. Bester Bin KK. Bakit.

Semua mereka yang menyandang ini hanya dua tahun iaitu bagi sesi 2009 sehingga 2011, harapan penduduk kampung Gunting hanya satu sahaja supaya lebih banyak pembangunan asas yang mendesak dikampung itu dapat dilaksanakan dalam tempoh itu. Hoi... boleh dapat projek selama tempoh itu? Kalau Kerajaan dan wakil rakyat atau pejabat Daerah Tenom tidak pilih kasih mesti punya dapat maa... alamaa rupanya saya jadi AJK tapula, haiboi boh amon kalo natanda ugar-ugar tii, sumangit rakyat tii tauu yang sonsolon noh Ulun kalansanan mamagun.

Apa juga bah JKKK ini kadang-kadang mereka bukan tidak buat kerja seperti yang diamanahkan itu, tetapi kalau pejabat daerah dan lain jabatan betabiat itulah yang mendatangkan masalah kepada JKKK, bila pengerusi hantar permohonan kepada jebatan yang berkaitan pelbagai macam alasan, saya setuju kata pegawai penarangan Tenom JKKK mahu tabal muka berjumpa kepada orang tertentu, cekap dia itu memang betul nah, saya sokong. kalau tidak tebal muka tetap JKKK itu tidak dapat projek logai-logai sampai bubar 2011.

Turut saya paparkan dalam blong saya ini ialah Gambar bangunan Kebudayaan, yang dibina dalam tahun 1992 semasa Datuk Kadoh Bin Agndong Jadi Wakil Rakyat, dan ketika itu beliau Kadoh juga Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan. Bangunan ini memang sudah dalam keadaan uzur namun atas usaha Pengerusi JKKK Laiju Bin Bajit dan AJK beliau tidak putus-putus minta peruntukan kepada wakil rakyat sekarang ini DatukRadin Bin Malleh sejumlah RM15,000 untuk pembaikan maka sehingga sekarang Rumah Kebudayaan kami itu masih okey, e.e. seronoknya kalau ada wakil rakyat yang mudah membantu, tetapi, kalau kedakut adoi.adoi. jawapannya bila sampai ppppppprrrrraya aje.

Kalau saya tidak silap dalam barisan AJK JKKK ini pun ada juga bekal boleh jadi wakil rakyat dia pun tinggi sekolah bah tupo Mester lagi hoi. gama ru makapalit ioh, jangan marah pasal saya ada campur bahasa kami Murut bah ini tulisan blog kamurutan ti pun raino masung boh membuka ra internet sybas kepada Murut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan