Selasa, 28 April 2009

Kelihatan dalam gambar ini Datuk Radin Malleh (kiri) ketika menerima borang .

PENYERTAAN SEMULA ANSARING BIN ANGKASANG SERTA 45 PENGIKUTNYA BEKAL MENYELAMAT BN DI MELALAP PADA PRU KE-13?

TENOM: Penyertaan semula ahli pembangkang PKR ke Parti Bersatu Sabah (PBS) akan menjadi satu permulaan kawasan Adun Melalap akan terselamat pada pilihan raya umum yang ke-13 kelak yang diketuai oleh Ansaring bin Angkasang serta 45 orang pengikut beliau.

Setiausaha Agung PBS Datuk Radin Malleh yang juga Wakil Rakyat kawasan Melalap merasmikan penubuhan cawangan baru PBS itu di Kampung Ponontomon baru-baru ini.

Menurut laporan akhbar Utusan Borneo Radin Malleh yang juga selaku Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri menggesakan cawangan PBS dikampung itu supaya memberikan kerjasama kepada JKKK untuk membincangkan masalah-masalah demi kepentingan bersama.

Selain daripada itu Radin juga berharap pihak JKKK dan Ketua Kampung menjadi jambatan penghubung kepada kerajaan agar setiap pembangunan yang dirancang dapat dinikmati bersama selaras dengan konsep satu Malaysia.

Pada saya keluar masuk ini perkara biasa, saya pun dulu ahli PBS tetapi keluar kerana kawan-kawan dalam PBS tidak senang hati setelah Datuk Radin lantik saya selaku Ahli Majlis Daerah Tenom. sayapun letak jawatan Ahli Majlis daerah dan kad keahlian PBS, saya serahkan kembali kepada setiausaha Bahagian PBS Melalap Simon Mamat, dan selepas itu masuk PBRS Melalap yang di ketuai oleh Datuk Kadoh Agundong
tetapi setiap pilhan raya saya mengundi kawasan Kemabong SK. Cinta Mata seluran 1.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan