Sabtu, 2 April 2011

JANGAN SUKA ISTHIAR DIRI SENDIRI ITU KUAT.

DALAM- dunia politik tiada yang dapat melarangkan kehendak setiap pemimpin individu kemana dia pergi menyertai parti.

CUBA- elakkan diri berpolitik menghaipkan orang lain, cermin dulu muka sendiri sebelum menyerahkan cermin itu kepada orang lain.

MANUSIA- yang tergelincir itu tidak semestinya dia jatuh, tetapi yang jatuh itu disebabkan tiada lagi tempat dia berpaut, dan sehinggalah hidupnya merana terumbang ambing.

AWAS- jangan sampai masa PRU 13 anda jadi pengamis sehingga muflis undi, jangan suka menghisthiarkan bahawa anda kuat orang lain lumpuh.

RAKYAT-merupakan jadi penentu siapa mereka pilih, kita tunggu sama nanti keputusan rakyat.

PKR CABANG TENOM TERUS MENDAPAT SOKONGAN.

PKR Tenom terus mendapat sokongan daripada akar umbi dari pelbagai suku kaum dan agama untuk menentang Umno-BN pada PRU 13 akan datang.

Walaupun, rakyat cuba dipesongkan oleh para pemimpin Umno-BN bermacam cara namun mereka fahami kehidupan politik Umno-BN ketika meminta sokongan ada suka memfitnah saja.

Hampir setiap minggu Ketua Cabang PKR Tenom Halik Zaman menerima kemasukan dari ahli umno-BN berpindah ke PKR.

Ramai pemerhati politik disini yakin, bahawa kawasan Parlimen Tenom dan dua Dun Melalap dan Kemabong akan bertukar tangan kepada pembangkang PRU 13 kelak.- oleh Hj. Wahab Timpai

Ahad, 16 Januari 2011

BAHANG PRU 13 SEMAKIN DIRASAI DISABAH?

KINI Parti-parti dalam BN dan PR semakin rencak masuk diperkampungan diluar bandar untuk mula jual ubat masing-masing mendekati insan-insan disitu bagi mendapat sokongan.

Malah terdapat pemimpin yang belum pasti dipilih sebagai calonpun sanggup bermalam memperkenalkan dirinya.

Bagai kawasan Parlimen P181 Tenom manjdi rebutan antara umno-BN sendiri, dimana kerusi itu kini disandang oleh YB. Datuk Raimie Unggi selama dua panggal, namun terdapat pemimpin dalaman Umno cuba menyingkirkan beliau supaya tidak dicalonkan pada PRU 13 kelak.

Raimie merupakan anak tempatan dikawasan Kemabong yang majoritinya suku beliau sendiri iaitu murut tagol.

Mana kala mereka yang berhasrat merebut tempat itu bukan berketurunan murut, bolehkah, mereka menang?

Demikian juga PKR yang menonjol dir sekarang ialah Datuk Halik Zaman, masuk diperkampungan kawasan majoriti murut tagol.

Selasa, 21 Disember 2010

UCAPAN TERIMA KASIH KAMI.

SYUKUR alhamdulilah majlis perkhawinan anak kami yang nombor tujoh Noraisah binti Haji Wahab Timpai sudah selesai.

RAMAI kawan-kawan saya juga datang dari jauh dan dekat.

SAYA ucapakan terima kasih kepada semua saudara-saudara yang datang membentu kerja kami persedian untuk majlis itu dari awal sampai selesainya majlis itu.

TERIMA kasih juga saya tujukan kepada cawangan umno kampung Cinta Mata Tanjong kerana meminjamkan 3 kinopi, 100 biji kerusi yang diusahakan oleh ipar saya Kudis Abdul Ahmid.

TERIMA kasih juga di tujukan kepada semua krew pembuat palmin yang di ketuai oleh ipar saya Hadis Abdul Ahmid yang juga menjadi akitik reka bentuk palmin yang digunakan untuk pangantin dua kali berturut-turut bermula malam berinai, dan palmin bersanding pada hari berikutnya dengan reka bantuk berbeza.

TERIMA kasih juga kepada semua yang terlibat didapor yang menyediakan makanan dan sebagainya, kami sekeluarga tidak dapat membelas jasa anda kalian, hanya berdoa kepada Allah semoga anda kalian diberi kasihatan, panjang umur, murah reziki...aminnn... sekian terima kasih. Daripada Haji Wahab Timpai dan seisi keluarga. 22.Disember 2010 jam 8.52 pagi.

Jumaat, 10 Disember 2010

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK KAMI DI KAMPUNG AMBOI TENOM.

PADA 17-18 Disember 2010 majlis perkahwinan anak kami yang nombor tujoh Noraisah binti Hj. Wahab Timpai dengan tunangnya Azman Muhamad berasal dari Daerah Beluran, Sandakan, yang akan dilansungkan di rumah kami dikampung Amboi Tenom.


ATUR CARA MAJLIS:
________________

17 Disember 2010.> Nikah jam 2.00 petang.

Malamnya berinai dan ke esokannya

18 Disember 2010.> Jemuan makan bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga jam 5.00 petang.

Isnin, 6 Disember 2010


BUAT kerja dalam rumah semasa kami tempat anak di Wilayah Persekutuan Pulau Labuan.

Tulisan papan tanda kawasan ini khas untuk Perhentian Bas Mini, tetapi apa yang berlaku yang parking dikawasan ini adalah kendaraan persendirian, kerana Bas Mini tidak menggunakannya sejak kelulusan diberi oleh pihak berkuasa tempatan Tenom, kawasan ini bekas pasar lama.